• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Tutup Jalan Untuk Mat Rempit Berlumba Dibantah

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ahli politik kerajaan dan pembangkang membantah idea Menteri Wilayah Persekutuan untuk menutup jalan tertentu di ibu negara bagi membolehkan mat rempit berlumba.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, ia bukan satu idea yang pratikal.

“Saya tidak fikir ia satu idea yang baik untuk adakan perlumbaan mat rempit di bandar ini.

“Jika anda mahu melibatkan mereka, minta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyewa litar perlumbaan sama ada di Batu Tiga, Shah Alam atau Sepang,” katanya.

Johari yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, perlumbaan itu mengancam keselamatan awam dan membahayakan nyawa orang awam memandangkan mat rempit bukan pelumba profesional.

“Selain itu, saya tidak fikir syarikat insurans akan memberi perlindungan insurans kepada mereka,” tambahnya.

Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Yew Teong Look berkata, DBKL perlu mengkaji cadangan itu secara terperinci sebelum membuat sebarang keputusan.

Beliau berkata, aspek keselamatan orang awam dan mat rempit seharusnya dipertimbangkan.

“Secara peribadi, saya fikir perlumbaan motor adalah berbahaya dan seharusnya tidak digalakkan,” katanya.

Ahli Parlimen DAP-Cheras, Tan Kok Wai berkata, beliau membantah cadangan itu bagi menjaga keselamatan dan nyawa orang awam dan mat rempit.

Tambahnya, DBKL perlu memastikan jalan-jalan raya dalam keadaan baik sekiranya cadangan itu dibenarkan.

“Selain jalan berlubang, terdapat banyak penutup longkang hilang dan ia turut mengakibatkan bahaya.

“Adakah DBKL mahu menaik taraf kesemua kemudahan di jalan-jalan raya?

“Pengumuman itu menunjukkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak mengkaji atau melihat dari perspektif yang lebih luas,” tambahnya.

Ahli Parlimen PKR-Wangsa Maju, Datuk Dr. Tan Tee Kwong berkata, beliau membantah cadangan itu.

“Jika mereka mahu berlumba, pergi ke Sepang. Di sana ada litar lumba yang lengkap,” katanya. – The Star/mStar Online

Tags: Mat RempitTengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

01/08/2024
0

Iskandar Puteri : Lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng yang melakukan aksi 'Superman' ketika menunggang motosikal dicekup Skuad 42 Bahagian...

Mahu Beraya, 57 Mat Rempit Serah Diri Lepas Sembunyi Di Kebun Sawit

Mahu Beraya, 57 Mat Rempit Serah Diri Lepas Sembunyi Di Kebun Sawit

23/04/2023
0

Seramai 57 ‘mat rempit’ sanggup menyerah diri kepada polis gara-gara hendak berhari raya selepas enam jam bersembunyi di dalam sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd