• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabar Parti, Husam Berdepan Tindakan Dipecat Daripada Pas

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berdepan tindakan digantung atau dipecat daripada parti itu berikutan tindakannya mencabar dan mengkritik PAS.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau telah mengarahkan jawatankuasa disiplin parti supaya memanggil Husam dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Perkara ini kita serahkan kepada jawatankuasa untuk membuat keputusan. Bentuk tindakannya kita serah kepada jawatankuasa disiplin, tetapi tidak lari daripada beri amaran, digantung atau dipecat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pejabat Penyelaras Parlimen Pas Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Mengulas kenyataan Husam bahawa usaha Abdul Hadi membawa usul Hudud di Kelantan tanpa merujuk parti terlebih dahulu sebagai satu tindakan pramatang, presiden PAS itu berkata beliau lebih berpengalaman daripada Husam dan telah lama menyertai parti berkenaan.

“Saya menyertai PAS sejak 1963. Isu hudud (timbul) sejak tahun kita mencapai kemerdekaan pada 1957 dan ia tanggungjawab kita sebagai orang Islam. Saya bukannya main politik (mengenai isu hudud).

“Masa (pelaksanaannya) akan tiba. Dia (Husam) masuk parti sejak tahun 80-an dan ini (hudud) adalah isu lama,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS akan meletakkan calonnya bertanding bagi 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Calon telah ada dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya kita akan usahakan untuk menang satu kerusi di Sarawak,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]PhYroJg0QP0[/wpdevart_youtube]

Tags: Hadi Awanghusam musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd