• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunyi Dengus, Tedung Selar Menanti Dalam Bilik Air

oleh Ahmad Albab
05/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sik – Seorang suri rumah nyaris dipatuk seekor ular tedung selar yang tiba-tiba bertindak agresif ketika memasuki bilik air di rumahnya di Kampung Berona Kiri Dalam, Jeniang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi, wanita berkenaan, Khatijah Ibrahim, 36, dikatakan mahu mandi sebelum melihat reptilia terbabit sedang melingkar.

Khatijah berkata, ular tedung selar berkenaan bertindak agresif kerana terkejut dengan kehadirannya menyebabkan dia berlari keluar dan menjerit meminta pertolongan daripada jiran.

“Mujurlah saya ternampak awal kelibat ular tedung selar itu kerana terdengar bunyi dengus yang kuat di penjuru bilik air berkenaan.

“Ini pertama kali saya melihat ular tedung selar sebesar itu dan takut untuk memasuki bilik air kerana trauma seolah-olah ia masih ada di dalamnya. Lagipun jarak antara kami ketika itu hanya dua meter,” katanya.

Katanya, reptilia sepanjang lima meter berkenaan dipercayai memasuki rumahnya melalui lubang bilik air yang tidak tertutup untuk mencari air kerana musim panas.

“Ular tedung selar berkenaan sebelum itu dilihat penduduk menuruni bukit di belakang rumah dan tidak menyangka ia memasuki rumah saya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sik Mohd Muhkrij Md Sabir berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.30 pagi sebelum lima anggota dihantar ke lokasi untuk menangkap reptilia berkenaan.

Menurutnya, reptilia seberat 10 kilogram berkenaan ditangkap dalam tempoh 10 minit sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut. – myMetro Online

Tags: JPAMular tedung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ayam Telan Anak Ular Tedung Hidup-Hidup

11/12/2018
0

KARNATAKA, India - Seorang penternak berjaya merakam video seekor ayam yang dipelihara menyerang dan menelan anak ular tedung secara hidup-hidup...

Tedung Selar Masuk Kelas

17/08/2018
0

SEREMBAN - Seekor ular tedung selar sepanjang lima meter “menumpang belajar” di Sekolah Kebangsaan (SK) Nyatoh, Rantau, di sini, apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd