• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bianco Mimosa Lancar Koleksi Pengantin Bridal Couture 2016

oleh AK-47
20/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA baik buat bakal raja sehari, jenama pereka yang kian popular di negara ini – Bianco Mimosa kini tampil dengan koleksi sulung berkonsep busana pengantin.

Bertemakan ‘Fantasi’, koleksi Bridal Couture 2016 digarap sepenuhnya daripada idea dan kreativiti pemilik serta pereka senior Bianco Mimosa, Dato’ Ida Suraya Mustapha.

Koleksi yang mengambil masa selama 6 bulan untuk siap sepenuhnya ini akan diperkenalkan buat kali pertama menerusi satu acara pertunjukan fesyen hujung bulan ini.

Menurut Dato’ Ida, inspirasi bagi koleksi berkenaan diperoleh susulan minatnya meneroka seni fesyen negara luar yang dilawatinya ketika pergi bercuti.

Apa yang diamati itu kemudian diterap dengan elemen alam semula jadi termasuk pada perincian busana. Impaknya, rekaan yang terhasil bagai eksperimentasi keindahan bumi Cappadocia di Turki dan pesona menara Eifel yang menjadi ikon bumi Perancis.

Bridal Couture 2016 Bianco Mimosa menghimpunkan 25 rekaan adibusana couture dan demi couture yang terdiri daripada 4 busana pengantin lelaki dan selebihnya busana pengantin wanita.

IMG_2145

Setiap busana menampilkan rekaan segar dan berkelas, selain memiliki elemen dramatik baik pada perincian manik mahupun sulaman, yang merupakan signatur jenama ini.

Perincian dan fabrik yang banyak digunakan terdiri daripada chiffon, silk, dutchess, organza silk dan satin silk yang diimport dari luar negara bagi menjaga kualiti dan menjamin keselesaan pemakainya.

IMG_2146

Teknik ‘pleating’, sulaman tangan dan mesin serta manipulasi fabrik turut diaplikasi bagi memberi impak seni ke atas setiap rekaan.

IMG_2143

Apa yang menarik Dato’ Ida turut memberi peluang kepada pelajar jurusan fesyen, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Rembau, Negeri Sembilan untuk terlibat sama dalam pembikinan koleksinya kali ini bagi memberi pendedahan sekaligus mengasah kreativiti dan menyuntik semangat agar lepasan kursus ini kelak, berusaha memajukan dunia fesyen tempatan hingga ke tahap antarabangsa satu hari nanti.

Dalam pada itu, Bianco Mimosa turut mengadakan satu peraduan sempena penganjuran malam pertunjukan fesyen Bianco Mimosa Bridal Couture 2016.

Pelbagai habuan menarik disediakan termasuk hadiah utama yang terdiri daripada sepasang busana eksklusif bernilai RM5,000 selain 2 telefon pintar IPhone 6, 2 Samsung Note 5 serta 20 baucer eksklusif Bianco Mimosa bernilai RM200 setiap satu.

Untuk menyertai peraduan dan memenangi hadiah-hadiah menarik ini, peserta hanya perlu menjadi pengikut laman Instagram Mybiancomimosa dan ikuti langkah-langkah yang dilampirkan.  – MYNEWSHUB.CC

Foto: Mynewshub/Fisha Hanudin

Oleh: Rem Ramzi

Tags: Bianco MimosaDato' Ida Surayapertunjukan fesyen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Fashion Show’ Produk Golongan Miskin Dalam Kereta Api

03/05/2019
0

JAKARTA - "Berikan kail, dan bukannya ikan", itulah falsafah Badan Amil Zakat Nasional Indonesia (BAZNAS) bagi membantu golongan miskin untuk...

‘Banduan Kacak’ Gegar Pertunjukan Fesyen NYFW

17/02/2017
0

SEORANG jejaka yang juga bekas banduan baru-baru ini menjadi terkenal apabila menghangatkan laman sosial gara-gara gambar ketampanan yang dimilikinya pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd