• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bashah Tekad BN Kedah Menang 2/3 Kerusi Pada PRU14

oleh Ahmad Albab
06/02/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah bertekad Barisan Nasional (BN) negeri mampu memenangi dua pertiga kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata, beliau yakin sasaran tersebut mampu dicapai sekiranya semua jentera Barisan Nasional (BN) dan UMNO negeri bersama-sama bekerja keras sebelum PRU14 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada akhir Ogos 2018.

“Nak dapatkan (menangi) kerusi, kami (wakil rakyat) kena turun, jumpa rakyat bagi penerangan dan kerja keras bukan duduk sahaja,” katanya ketika berucap pada Program Mesra Jiran Perdana dan Menyemai Kasih Sayang di sini hari ini.

Ketika ini 21 kerusi Dewan Undangan Negeri dipegang BN, PAS (lapan), PKR (empat), DAP (dua) dan PAN (satu).

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata walaupun beliau kini memegang jawatan Menteri Besar, beliau mahu rakyat dan pengundi khususnya di kawasan diwakilinya iaitu Bakar Bata terus mengekalkan hubungan kemesraan dengan dirinya seperti sebelum ini.

Beliau berkata jawatan tersebut bukanlah satu penghalang untuk memisahkan rakyat dengan dirinya, malah jelasnya beliau masih sama seperti dahulu.

“Saya tak mahu bila dah jadi Menteri Besar ini mereka segan nak jumpa dan salam. Saya tak mahu pengundi ada perasaan itu kerana saya tahu keikhlasan sokongan dan kasih sayang mereka terhadap saya.

“Tapi saya nak elak protokol yang jauhkan rakyat dengan saya. Saya akan beritahu pegawai-pegawai, saya Bashah yang dulu sama dengan sekarang,” katanya.

Berhubung senarai Exco kerajaan negeri yang baharu, Ahmad Bashah berkata, beliau ada memaklumkan perkara itu secara tidak rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perbincangan rasmi mengenai perkara itu hanya boleh dibuat selepas cuti Tahun Baharu Cina.

“Memandangkan Setiausaha Kerajaan Negeri pun bercuti sehingga habis cuti Tahun Baharu Cina ini, saya pun belum dapat bincang apa lagi dengan beliau. Lepas itu (cuti) baru kami boleh bincang mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata selepas senarai Exco dimuktamadkan, ia akan dipersembahkan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk diperkenankan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]bN_13wy6KiE[/wpdevart_youtube]

Tags: Ahmad Bashah Md HanipahPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd