• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakti Tun Razak Terhadap Negara Rangsang Najib Ceburi Politik

oleh Ahmad Albab
20/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Terdapat pelbagai sebab orang memasuki arena politik.

Namun, bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bakti setia ayahanda beliau terhadap rakyat dan negara menjadi perangsang utama baginya untuk menceburi bidang itu.

Oleh demikian, tidak hairanlah apabila pemergian Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia akibat leukemia pada 14 Jan 1976, merupakan titik mula bagi penglibatan Najib dalam mengharungi dunia politik yang penuh ranjau dan duri.

“Sebulan selepas pemergian beliau, semata-mata kerana pemergian beliau, saya bertanding di kawasan lamanya iaitu Pekan,” kata Najib pada seminar khas bagi memperingati Tun Razak.

Najib, yang amat mengagumi pencapaian cemerlang ayahandanya, berkata: “Ketika itu, saya berusia 22 tahun dan baru saja pulang dari universiti di England.”

Oleh itu, ulang tahun ke-40 pemergian Tun Razak juga merupakan ulang tahun ke-40 penglibatan Najib dalam politik.

Najib menang tanpa bertanding bagi kerusi parlimen Pekan dalam pilihan raya kecil yang diadakan pada Februari 1976, dan muncul sebagai Anggota Parlimen paling muda di Malaysia.

Beliau memegang satu lagi rekod iaitu sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO paling muda (1981-1993).

Najib mendaki tangga kepimpinan politik secara langkah demi langkah iaitu daripada jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, hinggalah ke jawatan presiden parti.

Sebelum menduduki kerusi tertinggi dalam parti itu, beliau diberi kepercayaan memegang beberapa jawatan – Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang (1983), Ketua Pemuda (1988-1993), Naib Presiden (1993-2003) dan Timbalan Presiden (2004-2007).

Najib menyandang jawatan Presiden UMNO mulai 2008 apabila beliau memenanginya tanpa bertanding.

Kali pertama Najib bertanding dalam pilihan raya umum ialah pada 1978 iaitu di Pekan apabila beliau mengalahkan calon PAS, Mohd Rusdi Arif, dengan 9,533 undi.

Beliau menyandang kerusi Parlimen ini dalam sembilan pilihan raya umum berturut-turut.

Dalam pilihan raya umum lepas pada Mei 2013, perdana menteri mengalahkan calon PKR, Mohd Fariz Abd Talib@Musa dengan majoriti besar 35,613 undi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ubfwLGfiIkw[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kementerian Cari Dana Bina Semula Asrama Musnah Kebakaran

Next Post

Jabatan Imigresen Buru Pendatang Asing Haram

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Jabatan Imigresen Buru Pendatang Asing Haram

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd