• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akuarium, Sauna, Bar Dalam Sel Mewah Penjara Mexico

oleh Ahmad Albab
17/02/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

MONTERREY – Pihak berkuasa menemui sel mewah dengan akuarium, sauna mudah alih dan bar di sebuah penjara di Mexico di mana 49 banduan terbunuh dalam satu pergaduhan, kata pegawai semalam.

Warden dan Penguasa Penjara Topo Chico di bandar perindustrian utara Monterrey, Negeri Nuevo Leon, turut ditangkap dan dituduh mengedar dadah serta gagal untuk melaksanakan langkah keselamatan.

Seorang lagi pengawal berdepan tuduhan selepas menembak mati seorang banduan ketika insiden pada Khamis itu. Pemimpin kartel dadah Zetas, Ivan Hernandez Cantu, atau El Credo, mempunyai katil besar, televisyen skrin rata yang besar dan tempat mandi mewah di dalam sel, kata pejabat pendakwa raya negeri itu.

Ketua pendakwa Roberto Flores berkata, ketika serangan berlaku, seorang wanita ada bersama dengannya. Pihak berkuasa berkata, rusuhan berpunca daripada pertikaian ke atas kawalan penjara antara Hernandez dan seorang pemimpin Zetas lain, Juan Pedro Saldivar Farias, atau Z-27.

Kebanyakan mangsa mati, akibat ditikam atau dipukul dengan kayu oleh banduan lain semasa pertempuran itu. Kerajaan negeri berkata semalam, polis mengambil alih penjara dan menamatkan kuasa oleh pemimpin penjenayah terancang yang turut dibantu beberapa pihak berkuasa.

Penjara itu menampung 3,800 banduan ketika rusuhan, 35 peratus melebihi kapasiti dan turut menahan ahli kartel dadah selain banduan jenayah lain yang menunggu perbicaraan.

Susulan keganasan itu pihak berkuasa menghantar 233 banduan termasuk dua ketua Zetas ke penjara lain.

Sehari selepas rusuhan, pegawai menemui sejumlah pisau buatan sendiri, tukul dan dadah di dalam penjara. – AFP/BH ONLINE

Tags: mexicoPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

01/01/2026
0

MEXICO: Seorang usahawan terkenal, Alberto Prieto, dilaporkan dib*unuh oleh kumpulan kartel selepas beliau enggan membayar yuran perlindungan yang dituntut oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd