• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Gesa Penduduk Kampung Berpindah

oleh Ahmad Albab
14/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Penduduk yang mempunyai ramai ahli keluarga di beberapa buah kampung di sini harus berpindah untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata, mereka tidak perlu bimbang sama ada tempat itu jauh kerana selepas beberapa ketika apabila pembangunan dilaksanakan, ia tidak lagi menjadi isu.

“Apabila kawasan Rampangi di Kuching dibangunkan, tiada siapa yang mahu berpindah ke sana kerana ramai berpendapat ia tempat untuk jin. Sekarang, ramai orang berebut untuk berpindah ke sana. Begitu juga dengan kawasan Tudan di Miri,” kata beliau.

Adenan berkata demikian semasa melancarkan Projek Pembangunan Kemuyang, penempatan baharu di kawasan Kemuyang, kira-kira 28 km dari sini, untuk penduduk ramai ahli keluarga di Kampung Datu, Kampung Hilir, Kampung Nyabor dan Kampung Bandong di sini hari ini.

Beliau berkata, pada masa lalu, menjadi lumrah untuk keluarga mahu supaya adik-beradik dan anak mereka tinggal berdekatan bersama tetapi selepas beberapa generasi, plot tanah menjadi terlalu sesak dan tidak lagi selesa untuk hidup.

“Apabila ia terlalu sesak, kebersihan tidak terjaga, menimbulkan bahaya berlaku kebakaran atau boleh mencetuskan masalah sosial,” katanya.

Projek di kawasan seluas 92.27 hektar itu di bawah Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) Sarawak akan dilengkapi dengan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik serta perparitan.

Sebanyak 413 lot di bawah fasa pertama projek pembangunan akan diperuntukkan kepada keluarga-keluarga mangsa kebakaran Kampung Datu-Kampung Hilir.

Kebakaran itu memusnahkan 44 buah rumah dan menyebabkan 144 keluarga kehilangan tempat tinggal pada 2013.

Anggota dewan undangan negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapaee berkata fasa pertama meliputi kawasan seluas 60.30 hektar sementara fasa kedua melibatkan 400 lot lagi.

“Penerima, kemudian, boleh membina rumah mereka sendiri di lot yang diperuntukkan kepada mereka. Selain itu, mereka juga boleh mendapatkan khidmat agensi-agensi lain untuk membina (rumah) untuk mereka,” katanya.

Menteri Muda Perumahan Negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, projek tersebut bakal menjadi sebuah bandar satelit sama dengan Sibu Jaya pada masa depan.

Infrastruktur lain di bawah projek itu termasuk rumah kedai, pusat sukan dan rekreasi, masjid, dewan masyarakat, klinik kesihatan, tadika dan stesen minmyak. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ZQJcXdDtnTA[/wpdevart_youtube]

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Amalan Pengurusan Baik Mampu Beri Hasil Optimum

Next Post

Raja Azmi Berdebar Nanti Detik Diijabkabul Semula

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Raja Azmi Berdebar Nanti Detik Diijabkabul Semula

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd