• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Propaganda Rafizi Jejaskan Pendeposit Tabung Haji

oleh Ahmad Albab
28/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbuatan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menyebarkan pelbagai tuduhan tidak berasa ke atas Tabung Haji (TH) bertujuan melemahkan institusi umat Islam tersebut.

TH dalam satu kenyataan media memberitahu, pelbagai dakwaan yang dilemparkan oleh pakar propaganda pembangkang itu mengenai TH di media sosial turut memberi kesan negatif kepada para pendeposti institusi berkenaan.

“TH amat kesal dengan penyebaran dokumen-dokumen melalui laman sosial secara rambang dan tuduhan tidak berasas serta berunsur fitnah.

“Dakwaan tersebut memberi impak negatif kepada TH dan akan menjejaskan kepentingan para pendepositnya,” kata kenyataan itu hari ini.

TH berkata demikian bagi merujuk kepada propaganda terbaru Rafizi kononnya TH memberi jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya TH Heavy Engineering Bhd (THHE).

Rafizi mendakwa pelaburan TH dalam THHE akan mengalami kerugian sebanyak RM1.4 bilion.

Beliau turut menyebarkan salinan sepucuk surat kononnya daripada kerajaan kepada pegawai kanan TH pada 8 Disember 2015 berkaitan perkara itu berjumlah sehingga AS$228.2 juta.

Sehubungan itu, TH dalam kenyataan sama hari ini meminta Rafizi menamakan bank yang memberikan pinjaman kepada THHE dengan surat jaminan korporat TH seperti yang didakwa berkenaan.

TH turut membuat laporan ke atas Rafizi demi menjaga kepentingan institusi yang cukup penting untuk umat Islam negara ini tersebut. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]9MmlsTkJoWI[/wpdevart_youtube]

Tags: Rafizi RamliTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd