• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Beri Wanita Cuti Senggugut, Taiwan Pula Cuti Haid

oleh
28/02/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Sebuah wilayah di timur China bakal memberikan insentif cuti kerja dengan bergaji penuh kepada kaum Hawa yang dilaporkan mengalami masalah senggugut kritikal, menurut laporan media tempatan.

Mulai Mac ini, pihak berkuasa wilayah berpenduduk lebih 60 juta orang itu akan menawarkan cuti kerja selama sehari hingga dua hari setiap bulan bagi pekerja wanita yang didapati mengalami masalah senggugut teruk.

Menurut laporan portal terkenal People’s Daily Online, tawaran cuti itu susulan pewartawaan undang-undang baharu yang diputuskan semasa mesyuarat tahunan ke-67 pihak pemerintah wilayah Anhui pada Januari lalu.

Semasa mesyuarat tersebut, pihak berkuasa Anhui yang bersidang di ibu kotanya, Hefei bersetuju meluluskan undang-undang baharu yang bertujuan melindungi kebajikan golongan pekerja wanita di wilayah berkenaan.

Portal tersebut turut melaporkan, langkah-langkah lain termasuk pemberian insentif cuti bersalin dan cuti penyusuan bayi selama sejam pada setiap hari bagi semua ibu yang mempunyai bayi di bawah usia 12 bulan.

Menurut undang-undang baharu itu, semua wanita yang ingin mengambil cuti sakit akibat senggugut perlu mendapatkan nota pengesahan daripada doktor bertauliah mereka untuk diberikan kepada pihak majikan.

chinese1

Dua lagi wilayah di China, iaitu Hubei dan Hainan turut menawarkan cuti kerja bagi pekerja wanita yang disahkan mengalami masalah senggugut teruk, namun tidak ramai daripada mereka yang layak mahu menuntutnya.

Menurut media tempatan, Hainan tidak mewajibkan cuti kerja bagi masalah senggugut itu, justeru kebanyakan majikan swasta di wilayah itu tidak pula menjadikannya sebahagian daripada dasar rasmi syarikat mereka.

Wilayah Guangdong pula mengadakan rundingan dan tempoh percubaan untuk mempertimbangkan sama ada mahu menawarkan cuti kerja sedemikian pada Disember lalu, namun tidak jelas sama ada ia akan diluluskan.

Menurut laman web pemerintah China.org, satu tinjauan awam dijalankan pada tahun lalu menunjukkan sekitar 20 peratus daripada pekerja wanita tidak akan mengambil cuti khas tersebut atas pelbagai sebab tertentu.

Ini termasuk kerana ia akan mendedahkan hal peribadi mereka dan menyebabkan kerja menjadi tertangguh. Beberapa negara lain di benua Asia sudahpun menawarkan cuti kerja sedemikian kepada kakitangan wanita.

Antaranya undang-undang Taiwan memberi jaminan bahawa pekerja wanita mesti layak terima cuti haid bergaji penuh selama tiga hari, di samping pemberian cuti sakit selama 30 hari setahun bagi semua kakitangannya.

Manakala pekerja wanita Indonesia juga sebenarnya boleh mendapatkan cuti haid selama dua hari sebulan, namun banyak syarikat swasta yang dilaporkan tidak pula mengendahkannya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: China ‘Paksa’ Pekerja Kirim Wang Pada Ibu Bapa

Juga: Pekerja China Tidur 30 Minit Terbukti Produktiviti

Lagi: Bos Pemurah Bawa 12,700 Staf Cuti Ke Thailand

Tags: Chinahaidsenggugut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd