• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakan Dibebas & Dilepas Daripada Tuduhan Membunuh

oleh Ahmad Albab
29/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua rakan terselamat daripada tali gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh di Bayan Baru, empat tahun lepas.

Ketika menyampaikan keputusan itu, Pesuruhjaya Kehakiman Collin Lawrence Sequerah berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

B.Dharma Raj, 25, pekerja am, dan A.Oliver, 26, pembantu restoran, didakwa membunuh R.Navintharan, 24, pada 3.40 pagi 27 Jan 2012 di kawasan parkir Krystal Point, Bayan Baru di sini.

Kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Dalam penghakimannya, Collin Lawrence berkata keterangan kelima-lima saksi pendakwaan yang dikemukakan semuanya berlainan daripada keterangan tentang kehadiran tertuduh di tempat kejadian.

“Berikutan berlainan keterangan saksi, pihak pembelaan juga berjaya membuktikan bahawa terdapat ramai orang, bukan sahaja tertuduh, yang berada di tempat kejadian ketika itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pihak pembelaan telah membuktikan terdapat ramai yang menyerang mangsa ketika itu yang menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh yang memakai baju kemeja dan berseluar jeans kelihatan gembira memeluk kedua-dua peguam mereka setelah selesainya penghakiman.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib manakala Dharma Raj diwakili peguam Baldev Singh Dhar dan Oliver pula oleh peguam Dev Kumaraendran. – BERNAMA

Tags: hukuman matimahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd