• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Dihukum Penjara Tiga Tahun Kerana Kumpul Dana Untuk IS

oleh Ahmad Albab
03/02/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perunding kewangan dan cef masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mengumpul dana untuk kumpulan pengganas IS.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Rohaimi Abd Rahim, 39, dan Mohamad Fauzi Misrak, 36, seorang cef di Singapura, bagi kesalahan mencari harta bagi manfaat IS atau Daesh.

Mereka turut dijatuhi hukuman penjara dua tahun bagi kesalahan melibatkan diri dalam satu pengaturan yang memudahkan perolehan harta bagi kumpulan itu.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 13 Okt 2014.

Dalam penghakimannya, Azman menasihati kedua-dua tertuduh bahawa negara yang dalam peperangan adalah tidak sesuai untuk pergi kerana keadaannya berlainan dengan negara kita.

Mengikut pertuduhan pertama, Rohaimi didakwa mencari harta bagi IS di Syria melalui blog Revolusi Islam.com manakala Mohamad Fauzi didakwa bersubahat dengan Rohaimi atas tuduhan sama dengan membenarkan akaun Maybank miliknya digunakan dalam blog itu sebagai medium mencari harta untuk kumpulan itu.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di No.5B, Jalan Raja Ali, Kampung Baru, di sini antara 29 Mac hingga 13 Okt 2014 mengikut Seksyen 130G(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda.

Bagi pertuduhan kedua, Rohaimi dan Mohamad Fauzi didakwa bersama-sama melibatkan diri dalam satu pengaturan yang memudahkan perolehan harta bagi IS dengan mengendalikan akaun Maybank milik Mohamad Fauzi untuk tujuan keganasan.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Berhad cawangan Subang Jaya di Jalan SS15/4D, Subang Jaya, antara Disember 2013 dan Julai 2014.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130P Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, Rohaimi telah membangunkan facebook ‘Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Islam’ dan laman blog Revolusi Islam sebelum menggunakan akaun Maybank milik Mohamad Fauzi yang diletakkan dalam facebook dan blog tersebut untuk kemudahan penyumbang menyalurkan sumbangan bagi membantu IS.

Bermula dari Disember 2013 hingga Julai 2014 terdapat kemasukan sumbangan daripada seluruh negara dan pengeluaran bagi membantu mujahid dan keluarga mereka, membantu mereka yang ingin ke Syria dan membantu IS.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam yang dapat memberi pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.

Peguam Mohd Fitri Asmuni, yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon hukuman ringan atas alasan pengakuan salah anak guamnya telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.

“Kesalahan ini merupakan kesalahan pertama tertuduh dan mereka tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Pengakuan salah tertuduh ini menunjukkan mereka telah insaf dengan apa yang mereka lakukan,” katanya sambil menambah bahawa Rohaimi merupakan anak sulung daripada 10 beradik manakala Mohamad Fauzi perlu menanggung isteri dan empat anak. – BERNAMA

Tags: DanaMilitan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wira Mynewshub: Daki Gunung Kinabalu Tanpa Sepasang Kaki

Next Post

Curi 6 Tin Sardin, Penganggur Dihukum Penjara 7 Hari

Related Posts

‘Saya Tidak Bertanggungjawab Kawal Bagaimana Dana SRC Diguna’ – Najib

‘Saya Tidak Bertanggungjawab Kawal Bagaimana Dana SRC Diguna’ – Najib

27/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak bertanggungjawab mengawal segenap segi bagaimana dana...

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Next Post

Curi 6 Tin Sardin, Penganggur Dihukum Penjara 7 Hari

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd