• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Import Produk Manuka Honey Berkuat Kuasa Hari Ini

oleh Ahmad Albab
28/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengenakan larangan import produk Manuka Honey berkuat kuasa hari ini, susulan penarikan balik pengeluarannya di New Zealand kerana kemungkinan mengandungi bahan terlarang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penarikan balik produk madu itu dibuat Syarikat Evergreen Life Limited di New Zealand kerana terdapat maklumat kemungkinan ada bahan tidak dibenarkan iaitu dihydroxyacetone dan methylglyoxal yang digunakan dalam pemprosesannya.

Larangan itu berkuat kuasa hari ini dan pengguna yang telah membeli produk itu dinasihatkan supaya tidak memakan produk tersebut dan memulangkannya kepada penjual, katanya dalam kenyataan di sini hari ini

“Walaupun tidak ada bahaya keselamatan makanan, pengguna yang telah memakan produk ini dan mempunyai keraguan terhadap kesihatan mereka boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata pihaknya membuat tindakan susulan selepas penarikan balik produk itu dilaporkan dalam laman web Kementerian Perusahaan Utama New Zealand.

Katanya semakan data import dari 2015 hingga kini yang diperoleh melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia menunjukkan produk terbabit ada dibawa masuk ke negara ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menjelaskan pihaknya juga dimaklumkan oleh pihak pengimport produk tersebut bahawa mereka sedang menarik balik Manuka Honey daripada pasaran secara sukarela.

Beliau berkata ini kerana dua bahan tidak dibenarkan, ditambah pada makanan tersebut di bawah Akta Makanan 1983.

“Pengguna tidak perlu khuatir kerana kementerian sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin.

“Sekiranya pengguna rasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh membuat laporan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]bces4Sfemfs[/wpdevart_youtube]

Tags: madu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Agong Hadiah Madu Pada Azam Baki, Simbolik Suruh Tangkap ‘Lebah’

Agong Hadiah Madu Pada Azam Baki, Simbolik Suruh Tangkap ‘Lebah’

01/04/2024
0

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menghadiahkan sebekas madu kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki. IKUTI CHANNEL...

Wanita Jual Darah Ular Campur Madu

Wanita Jual Darah Ular Campur Madu

01/06/2023
0

JAKARTA – Sebuah video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang penjual darah ular di kawasan gerai makan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd