• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Kesihatan Cadang Bina Sistem ICT Bersepadu

oleh Ahmad Albab
28/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Kementerian Kesihatan bercadang membangunkan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bersepadu bagi meningkatkan mutu perkhidmatannya di seluruh negara pada masa hadapan.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sistem itu yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion akan dibangunkan secara berperingkat, dengan asas awal projek dijangka dimulakan sebelum Pilihanraya Umum ke-14.

“Saya akan bawa perkara ini kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam masa terdekat kerana ia (cadangan) telah lama ditimbulkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan pelaksanaan Sistem Maklumat Farmasi (PhIS) di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Katanya proses pembangunan sistem itu bukan mudah dan akan mengambil masa antara tiga dan lima tahun.

Dr Subramaniam berkata dengan adanya sistem itu, semua sistem sedia ada ataupun baharu yang berkaitan urusan pendaftaran, rekod pesakit dan lain-lain, akan digabungkan dan mampu dicapai dari mana-mana pusat kesihatan.

Ia sekali gus memudahkan pesakit kerana mereka tidak perlu membawa rekod perubatan lama ke tempat baharu jika dipindahkan atau dirujuk ke mana-mana hospital, katanya.

Dr Subramaniam berkata untuk fasa awal, sistem itu hanya melibatkan pusat perubatan milik kerajaan, namun pada masa hadapan ia akan diperluaskan ke pusat perubatan swasta.

Sementara itu, mengulas sistem PhIS hari ini, Dr Subramaniam berkata sistem berkenaan dibangunkan dengan 12 modul utama bagi memantau pengurusan ubat di hospital meliputi perolehan, mengoptimakan penggunaan sumber, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta keselamatan perubatan.

“Menerusi sistem itu data transaksi meliputi proses preskripsi, pemberian ubat dan lain-lain dikumpulkan dalam data ‘warehouse’ bagi membolehkan ia dianalisis untuk membantu menambah baik perkhidmatan secara keseluruhan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata bagi memendekkan proses menunggu penggunaan dewan bedah di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, beliau akan memohon kelulusan Kementerian Kewangan bagi menambah dua dewan pembedahan yang dianggarkan bernilai antara RM4 juta dan RM5juta.  – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekuatan Mental Penting Hadapi PRU14

03/05/2018
0

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya...

MIC Bukan Parti Inklusif Kaum India – Subramaniam

23/12/2017
0

MELAKA - MIC bukan sebuah parti eksklusif untuk kaum India beragama Hindu semata-mata, sebaliknya sebuah parti inklusif bersandarkan kepelbagaian kaum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd