• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harap Lebuhraya Pan Borneo Bantu Kurangkan Kemalangan Maut

oleh Ahmad Albab
28/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SARIKEI – Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) berharap pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak dan Sabah mampu membantu mengurangkan kadar kemalangan maut di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Abd Ghafar Yusof berkata pembinaan lebuh raya itu sudah tentu akan menambah baik jalan raya di Sarawak yang keadaannya beralun disebabkan dibina di atas laluan tanah berpaya dan tanah gambut.

Menurutnya selain berpunca daripada sikap pemandu, keadaan jalan raya dan kenderaan turut menjadi penyumbang kepada kemalangan.

“Kita harap dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ini, sebahagian besar daripada masalah jalan beralun dapat diselesaikan dan seterusnya membantu mengurangkan kemalangan maut,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Terdahulu beliau mengagihkan 30 topi keledar kepada penunggang motosikal di bandar ini sempena kempen keselamatan jalan raya JKJR Sarawak.

Turut hadir Pengarah JKJR Sarawak Davina Agnes Enteli dan Pemangku Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan Sarikei, Zokipli Kawi.

Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer yang menelan belanja RM29 bilion itu akan menjadi laluan utama menghubungkan Sarawak dan Sabah.

Mengulas lanjut, Abd Ghafar berkata sekiranya tiada tindakan diambil untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya menjelang 2020, jumlah kematian yang diunjurkan lebih 6,000 orang dijangka meningkat kepada lebih 10,000 orang di seluruh negara.

Beliau berkata sasaran JKJR melalui pelan keselamatan jalan 2014–2020 adalah mengurangkan kadar kematian kepada 5,000 orang atau lebih rendah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]48OuBBs3REM[/wpdevart_youtube]

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd