• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Mandat Kuat Kepada KM Adenan Satem – Najib

oleh Ahmad Albab
01/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SARATOK – Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak mahu rakyat Sarawak memberikan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mandat yang kuat pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) nanti.

Beliau berkata mandat yang kuat akan membolehkan Adenan membentuk kerajaan negeri yang dapat menjamin kestabilan politik dan berunding dengan kerajaan pusat mengenai apa sahaja bentuk pembangunan yang diperlukan negeri.

“Mandat yang kuat itu adalah suara rakyat Sarawak dan kita (kerajaan pusat) mesti menghormati mandat yang diberikan itu,” katanya ketika berucap merasmikan Program Sejiwa Senada 2016 Saratok di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Adenan dan isterinya Puan Sri Jamilah Anu serta menteri-menteri kerajaan pusat dan negeri. PRN11 dijangka diadakan dalam waktu terdekat susulan penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada Jun ini.

Dengan memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) negeri, Najib berkata rakyat Sarawak akan dapat memastikan kerajaan negeri dan kerajaan pusat berada di dalam satu ‘kelab’ yang sama, sejiwa senada di dalam menentukan pembangunan pesat berterusan untuk negeri itu.

Perdana Menteri berkata Adenan yang menyambut ulang tahun kedua sebagai Ketua Menteri Sarawak semalam telah melaksanakan pelbagai perubahan dalam tempoh beliau memegang jawatan tersebut.

“Masa dua tahun tidak cukup untuk beliau melaksanakan segalanya untuk rakyat Sarawak. Berilah beliau lima tahun lagi untuk membawa lebih banyak pembangunan untuk Sarawak,” katanya.

Najib mengingatkan bahawa sekiranya rakyat tersilap membuat pilihan pada PRN11 nanti, segala apa yang sedang dirundingkan oleh kerajaan negeri dengan kerajaan pusat khasnya di dalam perkara menyentuh mengenai penurunan kuasa, akan menemui jalan sukar.

“Rundingan ini mudah untuk dilakukan khas sekali jika ianya dilakukan oleh kerajaan pusat dengan kerajaan negeri yang kuat di bawah pimpinan Adenan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]o9wkkV2wCCI[/wpdevart_youtube]

Tags: Adenan SatemNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Ditemui Mati, Dipercayai Dibunuh Suami

Next Post

Remaja Rogol, Bunuh Guru Matematik Dipenjara Seumur Hidup

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Remaja Rogol, Bunuh Guru Matematik Dipenjara Seumur Hidup

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd