• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Hormati Keputusan Gantung Muhyiddin – Presiden

oleh Ahmad Albab
27/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MIC menghormati keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Presiden parti kerana ia adalah hak parti berkenaan.

Presidennya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata MIC tidak mencampuri sebarang urusan atau keputusan yang ditetapkan UMNO memandangkan perkara itu merupakan hal dalaman parti berkenaan.

“Mereka sudah buat keputusan. Kami tidak campur tangan dengan urusan parti lain dalam Barisan Nasional (BN). Saya rasa parti komponen BN mempunyai hak mengambil keputusan yang dirasakan perlu.

“Jadi, apa sahaja keputusan adalah urusan dalaman parti itu. MIC akan menghormatinya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Koordinasi dan Pengurusan Strategik Media Sosial, di sini hari ini.

Bengkel dihadiri 70 peserta yang aktif menggunakan media sosial terdiri daripada anggota Jawatankuasa Kerja Pusat, ketua Bahagian, Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri parti itu.  

Dr Subramaniam berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan MT UMNO semalam untuk menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta-merta sehingga pemilihan MT akan datang.  

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan keputusan itu selepas mesyuarat MT. Tugas Timbalan Presiden akan dijalankan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Dr Subramaniam berkata MIC juga pernah dan akan menjalankan tindakan seperti itu terhadap mana-mana anggotanya yang didapati melanggar disiplin demi kebaikan parti.

“Kami pernah menggantung ahli. Kami juga pernah menyingkirkan mereka kerana berasakan ia adalah keputusan yang tepat dan parti perlu melakukannya,” katanya.

Mengenai bengkel sehari itu, beliau berkata ia bagi menyelaraskan segala usaha MIC di samping mempromosikan aktiviti parti berkenaan menerusi media sosial sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 nanti.

“Mesej yang disampaikan menerusi media sosial perlu jelas dan tidak mengelirukan pembaca. Usaha ini juga bertujuan mempertahankan parti daripada kecaman pihak luar,” katanya. – BERNAMA

Tags: MIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

21/12/2025
0

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd