• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Pihak Pendakwaan Terhadap Kes Khairuddin & Chang Didengar Jumaat Ini

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rayuan pihak pendakwaan terhadap kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh, yang berdepan pertuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara, akan didengar di Mahkamah Rayuan Jumaat ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud memaklumkan perkara itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah ketika kes itu disebut semula hari ini.

Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin yang memutuskan bahawa pertuduhan terhadap Khairuddin dan Chang tidak tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Hakim Azman kemudian menetapkan 9 Mac untuk sebutan semula kes itu.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, mewakili Khairuddin, tiada bantahan berhubung tarikh sebutan itu.

Pada 18 Nov tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan pertuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan tidak tertakluk di bawah SOSMA dan membebaskan Khairuddin dan Chang masing-masing dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.

Khairuddin, 54, dan Chang, 66, didakwa cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos tahun lepas, mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan.

Lima lokasi itu ialah pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris; Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom; pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern; Balai Polis WaiChan, Hong Kong; dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura. – BERNAMA

Tags: Khairuddin Abu HassanMatthias Chang Wen Chieh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Darurat: Mahkamah Batalkan Rayuan Khairudin

07/04/2022
0

PUTRAJAYA : Bekas Penyelaras Parlimen Jasin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini gagal untuk mengembalikan saman...

Siasat Juga Video Seks Anwar – Khairuddin

17/07/2019
0

KUALA LUMPUR – Rakyat juga mahu tahu kebenaran video lucah yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd