• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Parkir: Rakyat Disaman, DBKL Buat OK Je…

oleh Ahmad Albab
25/02/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALAU kita salah parkir, dah dapat agak untuk menerima ‘surat cinta’ daripada majlis perbandaran tapi bagaimana pula jika orang majlis sendiri yang melakukan kesalahan yang sama?

Senario seperti inilah yang berlaku di Dataran DwiTasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di ibu negara.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) rancak mengeluarkan kompaun kepada pemilik yang memakir kenderaan mereka di bahu jalan.

11111

Nak saman orang ni memang senang, tapi pernah tak pihak majlis fikir kesusahan pemilik kenderaan meletakkan kereta mereka di kawasan yang mempunyai padat penduduk seperti Bandar Sri Permaisuri?

Sepatutnya pihak majlis menyediakan solusi untuk mengatasi masalah ini dengan menyediakan tapak parkir yang mencukupi untuk menampung jumlah kenderaan banyak di sini.

Dan lebih ‘mengharukan’ adalah apabila DBKL sendiri membuat kesalahan meletakkan kenderaan rasmi mereka di bahu jalan sama seperti kenderaan lain yang mereka saman sebentar tadi.

Kenderaan itu bukan milik penguatkuasa yang keluarkan saman tetapi oleh kakitangan mereka yang lain.

Jadi gambarannya, DBKL macam raja boleh parking di mana-mana ikut suka hati tetapi orang biasa kena saman.

121111

Menurut seorang ‘mangsa’ saman yang tidak mahu dirinya dikenali, dia pernah bertikam lidah dengan salah seorang pegawai DBKL yang menyamannya.

Dia yang mempunyai urusan penting di bank pada hari itu telah meletakkan keretanya di bahu jalan, dan apabila dia bertanya di mana untuk meletakkan kereta supaya tidak disaman, pegawai itu menjawab… “Itu bukan masalah saya.” 

*Habis tu ni masalah siapa sebenarnya?

Pihak majlis memang lebih cenderung untuk menyenangkan pihak sendiri daripada menjalankan tugas mereka iaitu berkhidmat kepada masyarakat.

Menurut satu sumber yang kami peroleh, terdapat sebidang tanah yang dipercayai milik DBKL di sebuah kawasan yang tidak jauh daripada Dataran DwiTasik, tetapi ia digunakan untuk membina bangunan dengan pemaju Cina.

Sepatutnya, pihak majlis menggunakan tanah itu untuk membina sebuah kompleks parkir bagi memudahkan penduduk sekitar.

Ini tidak! Daripada meringankan beban penduduk setempat, DBKL hanya memikirkan keuntungan yang akan masuk ke dalam poket mereka!!!

Jumlah parking tidak cukup, tanah yang sepatutnya digunakan untuk membantu memudahkan masyarakat dimajukan untuk tujuan komersial dan faedah sendiri.

Tak cukup-cukup lagi ke hasil jualan cukai yang dikutip daripada rakyat, sehinggakan mereka sanggup menggadaikan tanah milik kerajaan untuk mengaut keuntungan yang akhirnya menyenangkan pihak mereka dan tidak langsung membantu rakyat setempat.

Sementara itu, dalam hal saman-menyaman akibat kesalahan parkir itu, pihak DBKL haruslah mencari jalan untuk mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta daripada terus berlaku.

Kaedah mengenakan denda tidak lagi relevan untuk masa kini. Jika keadaan ini terus berterusan, tak mustahil DBKL juga bakal menjadi tidak relevan dalam pentadbiran tempatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: CherasDBKLsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd