• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Akan Calonkan Jaringan Faiz Subri Anugerah Puskas FIFA

oleh Ahmad Albab
23/02/2016
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan nama pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri bagi pencalonan Anugerah Puskas FIFA, selepas beliau melakukan jaringan ‘luar biasa’ mirip gol pemain Brazil, Roberto Carlos.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata beliau difahamkan bahawa pihak FAM akan membuat pencalonan itu kepada FIFA minggu depan.

“Pencalonan untuk gol terbaik FIFA perlu dibuat persatuan kebangsaan iaitu FAM, dan saya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Muhd. Amin bahawa FAM akan buat pencalonan untuk gol Mohd. Faiz itu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program ‘Moh Bedil’ di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

Anugerah Puskas yang diperkenalkan FIFA pada 2009 ialah anugerah untuk gol terbaik daripada puluhan ribu jaringan gol sepanjang tahun.

Sepakan percuma Mohd. Faiz itu mengembalikan ingatan peminat bola sepak kepada gol jaringan pemain Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada Piala Dunia 1998.

Gol hasil sepakan percuma itu dilakukan Mohd. Faiz dari jarak 35 meter, melencong masuk ke gawang gol ketika membantu Pulau Pinang menang 4-1 ke atas Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya pada Selasa lepas.

Dalam perkembangan lain, Khairy mengumumkan perancangan awal kementeriannya untuk membina rumah mampu milik bagi bekas atlet di Bukit Jalil dalam fasa kedua pembangunan Bandaraya Sukan Kuala Lumpur (KL Sports City).

Fasa pertama KL Sports City yang dilaksanakan syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad menerusi anak syarikatnya, Rukun Juang Sdn. Bhd., dijangka siap sebelum Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.

“Mereka yang layak akan ditentukan oleh kementerian serta Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)… projek ini (rumah mampu milik) mungkin dilaksanakan dalam masa tiga atau empat tahun akan datang,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9wig_7n6WuQ[/wpdevart_youtube]

Tags: Faiz SubriKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd