• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Romantis Hadiahkan ‘Lautan’ Bunga Untuk Isteri Buta

oleh AK-47
23/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

INI Toshiyuki Kuroki dan Yasuko Kuroki. Dahulunya mereka bekerja sebagai peladang tenusu di daerah Miyazaki di Jepun dan telah melayari bahtera perkahwinan selama 60 tahun.

Namun, selepasa 30 tahun berkahwin, Yasuko telah kehilangan penglihatannya setelah mengalami komplikasi yang berhubung kait dengan penyakit kencing manis dihidapinya.

Tragedi itu merupakan satu tamparan hebat buat pasangan tersebut: mereka telah menghabiskan masa muda mereka dengan menternak lembu-lembu tenusu di ladang serta menjaga tiga orang anak.

Maka cita-cita mereka untuk mengembara ke seluruh pelosok negara sesudah bersara telah hancur berkecai sama sekali.

Akibat terlalu sedih dan tidak boleh menerima nasib yang menimpanya, Yasuko bertindak untuk mengasingkan dirinya daripada dunia luar.

Kuroki-garden-Japan6-600x400
Ladang bunga shibazakura ini meraik ribuan pelancong setiap tahun.
Kuroki-garden-Japan-600x450
Cantik: Lautan merah jambu yang menghiasi perkarangan rumah Toshiyuki dan Yasuko.

Namun, suaminya mahu membuktikan bahawa kehidupan mereka tidak perlu berakhir meskipun isterinya sudah buta.

Lelaki tua itu terus teringat akan pokok bunga shibazakura yang ditanam di kebun mereka. Bunga berwarna merah jambu terang yang berbau harum dan amat cantik dipandang itu merupakan bunga kegemaran isterinya.

Dia fikir, mengapa tidak tanam sahaja bunga shibazakura itu di sekeliling kawasan rumah mereka seperti ladang bunga?

Lebih banyak bunga itu ditanam, lebih ramai pengunjung yang akan tertarik untuk singgah ke teratak mereka dan temankan isterinya.

Lagipun, haruman bunga itu amat menyenangkan isterinya.

Sejak daripada saat itu, suami penyayang itu terus berhenti menternak lembu tenusu dan menanam lebih banyak bunga shibazakura itu sehingga tumbuh melata dan persis lautan merah jambu di perkarangan rumahnya!

Kebun bunga unik ini dibuka untuk kunjungan ramai dan menarik perhatian ribuan pengunjung setiap tahun.

Tetapi, apa yang paling penting bagi Toshiyuki adalah, isterinya sudah kembali menguntumkan senyuman setelah bertahun-tahun meratapi nasibnya.

Pada kami, inilah kisah cinta paling ‘manis’ yang pernah kami jumpa setakat ini. Meskipun telah kehilangan salah satu pancainderanya, namun cinta Toshiyuki kepada isterinya tidak pernah luput.

Malah terus berkembang mekar, seperti bunga shibazakura yang ditanamnya. - MYNEWSHUB.CC

Teks: SARA KHALID

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=aVXpBqj67BY]

 

Tags: cintajepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd