• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daesh: Malaysia Setuju Guna Tiga Pendekatan Arab Saudi

oleh Ahmad Albab
18/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia bersetuju menggunakan tiga pendekatan Arab Saudi dalam memerangi Daesh termasuk mengenal pasti sumber kewangan kumpulan pengganas itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain itu, katanya, Malaysia sedia menggunakan pendekatan negara itu bagi mengenal pasti ideologi propaganda Daesh dan peranan media sosial dalam merekrut anggota kumpulannya.

“Ini merupakan hasil perbincangan saya bersama-sama rakan sejawatan Putera Mahkota Arab Saudi Muhammad bin Salman baru-baru ini.

“Pendekatan itu merupakan satu daripada inisiatif kerajaan dalam mengekang penyebaran Daesh, yang kini menjadi kebimbangan dunia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia menolak pendekatan ketenteraan yang digunakan oleh Arab Saudi.

Pada 27 Jan lepas, Malaysia dan Arab Saudi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama pertahanan terutama dalam bidang sains, teknologi dan industri.

MoU itu ditandatangani Hishammuddin dan Muhammad bin Salman semasa lawatan kerja Hishammuddin ke negara itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]BUZbHNy4uRM[/wpdevart_youtube]

Tags: DaeshHishammuddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polisi Sabah Tidak Bawa Masuk Pekerja Bangladesh

Next Post

Syukri Yahya Terharu Bakal Bergelar Bapa

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

Next Post

Syukri Yahya Terharu Bakal Bergelar Bapa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd