• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Telefon Pintar Android Termurah Di Dunia, Hanya RM17

oleh AK-47
29/06/2016
dalam Gajet
2
Share on FacebookShare on Twitter

APAKAH harga paling murah pernah anda bayar untuk memiliki sebuah peranti pintar?

Kali terakhir kami membayar untuk sebuah peranti pintar ialah pada 2015 untuk Xiaomi Mi4, harga jualan adalah sekitar RM750 pada ketika itu.

Di pasaran sekarang terdapat banyak peranti pintar yang boleh dibeli mengikut kemampuan pengguna.

Jadi tidak mengejutkan terdapat variasi peranti pintar juga sudah boleh dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah.

Di India istilah ‘peranti mampu milik’ mereka nampaknya jauh lebih menakjubkan dari di negara kita.

Freedom 251 ialah sebuah peranti pintar Android 5.1 yang dijual pada harga hanya ₹251, iaitu sekitar RM15 sebuah.

Freedom-251-1

Ia dilengkapi skrin 4 inci qHD, diperkasakan pemproses 1.3 GHz empat teras, RAM sebesar 1 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 8 Gigabyte.

Dari segi kemampuan optik pula ia mempunyai kamera utama 3.2 Megapixel dan kamera hadapan 0.3 Megapixel.

Peranti yang menyokong rangkaian 3G ini juga dilengkapi bateri sebesar 1400 mAh.

Telefon ini dihasilkan khas untuk golongan kurang berkemampuan di India untuk memiliki peranti pintar yang selama ini dianggap sebagai barangan mewah.

smartphone-5

Aplikasi terpasang pada Freedom 251 membolehkan mereka mengakses berita terkini, melakukan panggilan kecemasan dan melakukan transaksi wang.

Di negara seperti India telefon mudah alih sudah lama digunakan untuk mengubah tahap hidup golongan kurang berkemampuan.

Pinjaman kredit mikro dipindahkan terus ke telefon selular dan mereka boleh membeli barangan secara pemindahan kredit telefon.

Di kawasan pedalaman telefon selular menghubungkan mereka ke dunia luar kerana ketiadaan telefon berwayar.

Siapa sangka sebuah peranti pintar Android boleh dijual semurah ini.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Freedom251

Tags: Indiaperanti pintar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd