• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Koservasi Gajah Bakal Dibangunkan Di Johor

oleh Ahmad Albab
14/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Sebuah pusat konservasi gajah akan dibangunkan di Johor bagi melindungi gajah-gajah liar yang semakin diancam kepupusan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di sini hari ini.

Berikutan itu, katanya kerajaan sedang mengenal pasti tempat yang sesuai dijadikan pusat konservasi itu.

Sebelum ini, kerajaan menubuhkan Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah di Pahang dan Perkampungan Pemuliharaan Gajah Kenyir (KECV) di Terengganu, katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Terengganu bagi program konservasi gajah itu, di sini hari ini.

MoU itu adalah mengenai kerjasama Jabatan Perhilitan dan kerajaan negeri Terengganu dalam menangani konflik menusia dan gajah selain program konservasi selama tempoh 10 tahun.

Kerajaan pusat juga bersetuju menambah 18 ekor lagi gajah untuk ditempatkan di KECV, yang kini mempunyai 12 ekor gajah yang sedia ada,” katanya.

Pada masa ini, anggaran populasi gajah di Semenanjung Malaysia ialah kira-kira 1,220 ekor hingga 1,680 ekor manakala 120 ekor hingga 140 ekor masih bertaburan di Terengganu.

Wan Junaidi berkata jika tiada usaha pemuliharaan dilakukan, adalah tidak mustahil gajah-gajah yang hidup di Semenanjung Malaysia pupus walaupun ketika ini, jumlah pembiakan mamalia daratan terbesar itu masih lagi dalam situasi terkawal.

Dalam pada itu, beliau berkata aktiviti pembangunan tanah untuk kawasan pertanian dan pembangunan telah menjejaskan habitat kekal untuk gajah liar mencari makanan.

Menurut Jabatan Perhilitan, sebanyak 2,620 kes aduan gangguan gajah diterima di seluruh Semenanjung dari 2011 hingga 2015 dan daripada jumlah itu 13.32 peratus dilaporkan berlaku di Terengganu.

Sementara itu, dalam ucapannya Wan Junaidi berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu yang berusaha memulihara spesies gajah dengan mewartakan kawasan seluas 15,000 hektar sebagai Taman Pemuliharaan Hidupan Liar dan pewartaan 100 hektar untuk Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka yang diuruskan Jabatan Perhilitan Terengganu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]iAvC0VQWrWw[/wpdevart_youtube]

Tags: gajah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

12/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gajah betina yang dilihat 'meratapi' kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori di Lebuh Raya Gerik-Jeli, semalam, sudah kembali...

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

04/07/2024
1

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd