• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Lori Paka Dibenar Angkut Bauksit – Tiong Lai

oleh Ahmad Albab
14/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Kementerian Pengangkutan menetapkan hanya lori jenis paka sahaja yang akan dibenar untuk mengangkut bauksit selepas tempoh moratorium perlombongan bahan mineral itu berakhir April ini.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkara itu merupakan antara perkara yang terkandung dalam garis panduan pengangkutan bauksit yang ditetapkan pihak kementerian dalam usaha mengelak masalah pencemaran daripada berulang.

“Kita telah ada garis panduan yang jelas kepada pemandu lori yang mana hanya lori jenis paka sahaja yang dibenarkan untuk mengangkut bauksit.

“Ini kerana lori jenis itu dapat mengangkut bauksit tanpa terjatuh di atas jalan raya seperti lori yang biasa digunakan sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Batu 1, Jalan Tras di sini.

Selain itu, katanya semua lori berkenaan hanya dibenarkan melalui laluan tertentu untuk mengangkut bahan mineral itu ke stor penyimpanan yang akan ditentukan.

“Kita juga telah menetapkan Pelabuhan Kuantan bukan lagi kawasan stor penyimpanan bauksit. Kita tidak mahu pelabuhan itu menjadi kawasan yang bersepah dengan bauksit tanpa kawalan.

“Pelabuhan Kuantan juga kita telah minta mereka mengehadkan jumlah bauksit yang disimpan di kawasan pelabuhan. Contohnya kalau ia hanya boleh tampung 1.5 juta tan metrik, mereka hanya boleh terima setakat itu sahaja,” kata Liow.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bentong berkata langkah itu adalah bagi memastikan pelabuhan serta jalan di sekitarnya tidak tercemar dengan bauksit seperti yang berlaku sebelum ini.

Beliau berkata garis panduan dan kawalan yang lebih jelas akan diedarkan kepada pihak yang terlibat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad setelah ia diperhalusi dan diperkemaskan dengan agensi yang berkenaan.

“Kita di peringkat kementerian sudah menyediakan garis panduan pengangkutan bauksit yang jelas yang akan diberi kepada pengusaha lombong bauksit.

“Ia bagaimanapun perlu dibincangkan dalam sekretariat bersama agensi dan jabatan lain yang berkepentingan yang diketuai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,” kata Liow.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit selama tiga bulan bermula 15 Jan lalu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]8s9B8o50Cpk[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Johor Pandu Tren Dari Stesen JB Sentral Ke Segamat

Next Post

Amerika Syarikat-ASEAN Bakal Perkukuhkan Lagi Hubungan

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

Next Post

Amerika Syarikat-ASEAN Bakal Perkukuhkan Lagi Hubungan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd