• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPPA Buka Peluang Lebih Besar Kepada Kontraktor Bumiputera

oleh Ahmad Albab
13/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan membuka peluang lebih besar kepada kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan.

Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz berkata, ini berikutan faktor seperti kehadiran lebih ramai pelabur untuk melabur di negara ini.

Sehubungan itu beliau menyangkal dakwaan kononnya perjanjian perdagangan itu sebaliknya hanya menindas golongan kontraktor berkenaan.

“Perjanjian itu tidak menutup peluang atau memberi tekanan kepada kontraktor kecil Melayu di negara ini…perkara itu tidak timbul langsung.

“Jika kita lihat urusan perniagaan sebelum ini pun, kontraktor Melayu misalnya, telah membuat pelaburan di luar negara dan pelabur asing juga pernah melabur di Malaysia sebelum wujudnya TPPA. Oleh itu tidak timbul isu menutup peluang kontraktor Bumiputera dalam perjanjian itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Program Khidmat Komuniti Masjid Kampung Apa-Apa, Tendong yang dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat di sini, hari ini.

Rosdi yang juga Yang Dipertua PKMM Kelantan, turut menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab melemparkan tuduhan tidak berasas serta memberi persepsi negatif terhadap TPPA.

“Kita seharusnya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana berani mengetengahkan kepentingan Bumiputera dalam perjanjian itu,” katanya.

Pada 4 Feb lepas, Malaysia dan 11 negara lagi iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam menandatangani TPPA yang akan mengembangkan pasaran, mengurangkan tarif serta menggalakkan perdagangan lebih bebas. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]VkXr_QRUCkE[/wpdevart_youtube]

Tags: TPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd