• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLKN Mula 26 Mac Dengan 20,000 Pelatih

oleh Ahmad Albab
12/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Seramai 20,000 pelatih akan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengikut Program Transformasi PLKN 2.0 bermula 26 Mac ini.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun berkata pelatih itu akan ditempatkan di 81 kem di seluruh negara bagi mengikuti latihan selama lapan minggu.

“Inilah tahun pertama kita buat pengambilan di bawah Program Transformasi PLKN 2.0 dan ia hanya melibatkan satu pengambilan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat MLKN Bilangan 1 Tahun 2016 di Kem PLKN Junaco Park, kira-kira 30 kilometer dari sini, hari ini.

Beliau berkata dengan satu pengambilan itu, tumpuan dapat diberikan bagi menyediakan pelatih berkemahiran untuk memasuki fasa kedua latihan.

Fasa itu akan memberi pendedahan kerjaya kepada pelatih di agensi yang menawarkan latihan kemahiran termasuk Institut Latihan Perindustrian, Institusi Kemahiran Belia Negara dan Institut Automotif Malaysia.

“Jangka masa latihan fasa kedua bergantung kepada jurusan yang diambil pelatih iaitu antara tiga sehingga 24 bulan. Ini akan membentuk generasi yang lebih holisitik, berjati diri, boleh bersaing dan mempunyai kebolehpasaran yang lebih baik bila meninggalkan program ini nanti,” katanya.

Ketua Pengarah PLKN Datuk Mohmed Asri Yusuf pula berkata para pelatih dipilih pihak sekolah berdasarkan prestasi mereka.

“Para pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi berpotensi dalam bidang kemahiran akan dipilih oleh pihak sekolah masing-masing untuk mengikuti latihan ini,” katanya.

Selain itu, ibu bapa juga tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan dan kesihatan anak mereka kerana prasarana kem-kem PLKN sudah ditambah baik. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Q-1SZPjEJz0[/wpdevart_youtube]

Tags: PLKN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Al-Fatihah – Sekilas Setahun Pemergian Tok Guru Nik Aziz

Next Post

Agaknya Ini Lah Couple Paling ‘Insecure’ Kat Malaysia

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

2 Individu Dan Syarikat Didenda RM70 Juta Bawa Masuk Rokok Tiada Cukai

Semangat Patriotik, Cinta Negara Kurang Jadi Asas Utama Laksana Semula PLKN

28/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk mengembalikan Program...

Next Post

Agaknya Ini Lah Couple Paling 'Insecure' Kat Malaysia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd