• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejara, AES Lebih Berkesan Didik Pengguna Jalan Raya

oleh Ahmad Albab
12/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Penguatkuasaan Sistem Pemberian Mata Demerit (Kejara) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah cara yang lebih berkesan berbanding mengenakan denda tinggi untuk mendidik pengguna jalan raya di negara ini lebih berhemah.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri  berkata jumlah sama ada denda tinggi atau rendah adalah suatu yang subjektif buat setiap rakyat Malaysia bergantung kepada jumlah pendapatan dan taraf kewangan mereka.

“Saya rasa Kejara dan AES suatu penguatkuasaan yang lebih efektif berbanding denda sahaja.

“Sistem ini (Kejara dan AES) pula akan gantung lesen pengguna tidak kira sesiapa, kalau dia lakukan kesalahan berkali-kali, kalau mata sampai tahap lesennya digantung maka ia suatu kaedah lebih berkesan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina di Merlimau di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mencadangkan kenaikan denda lebih tinggi bagi memastikan pengguna jalan raya mengubah sikap dan mematuhi peraturan jalan raya.

Liow berkata kementeriannya sentiasa mengalu-alukan pelbagai inisiatif Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjaga keselamatan jalan raya antaranya menaik taraf Unit Trafik kepada sebuah jabatan.

“KDN dan pihak polis mempunyai cara lain (untuk mendidik pengguna jalan raya) kami ada cara kami sendiri iaitu melalui Kejara dan AES, namun kita sentiasa bekerjasama dengan mereka dalam usaha ini,” katanya.

Sementara itu beliau berkata kementeriannya akan melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan bahawa tingkap pesawat Rayani Air pecah disebabkan angkara sabotaj.

“Kami akan siasat sama ada sabotaj atau isu teknikal, isu cermin depan pesawat pecah agak biasa berlaku mungkin kerana udara panas sejuk, tetapi dakwaan kata ia sabotaj itu bahaya kerana itu, kami kena buat siasatan segera,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta semua pihak agar tidak melakukan spekulasi berkenaan perkara itu dan kementeriannya sentiasa berusaha memastikan keselamatan penumpang pesawat di negara ini.

Mengulas mengenai dua kejadian kebakaran lokomotif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Liow berkata kementeriannya mengarahkan KTMB melakukan penyelenggaraan berkesan terhadap semua jenis kereta api milik syarikat itu sama ada baharu atau lama.

“Permintaan kereta api pada musim perayaan ini amat tinggi kerana itu KTMB terpaksa menggunakan semua asetnya yang baharu atau lama bagi menampung permintaan, namun jadual perjalanan KTMB tidak terjejas dengan kejadian tersebut,” katanya.

Selasa lepas, sebuah lokomotif tren Ekspres Rakyat terbakar kira-kira satu kilometer dari stesen KTMB Sungai Gadut, dekat Seremban ekoran kerosakan enjin.

Terbaru, lokomotif yang membawa sembilan gerabak terbakar di Kampung Kuala Tanjung, dekat Kamunting kira-kira 80 kilometer dari Ipoh, malam tadi.

Bagaimanapun 300 penumpang dan petugas tren Ekspres Rakyat 2 itu yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Butterworth, Pulau Pinang selamat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]PL8phdzxrLA[/wpdevart_youtube]

Tags: AESLiow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Gerai Jual Pakaian, Peralatan Di Pasar Borong Terbakar

Next Post

Jabatan Peguam Negara Hentikan Pendakwaan Terhadap Azmi Sharom

Related Posts

Najib Dakwa Khalid Berbohong Tentang AES

07/02/2019
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berbohong mengenai...

AES: “Sejak Dalam Kerajaan, Awak Sudah Berubah”

04/02/2019
0

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar yang didakwa cuba mengelak...

Next Post

Jabatan Peguam Negara Hentikan Pendakwaan Terhadap Azmi Sharom

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd