• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian Histopatologi Ikan Paus Siap 2 Hingga 3 Minggu

oleh Ahmad Albab
11/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Ujian histopatologi terhadap bangkai ikan paus bagi mengesan sebarang penyakit dalaman akan mengambil masa lebih kurang dua hingga tiga minggu.

Pengarah Perikanan negeri Munir Mohd Nawi berkata ujian terhadap tisu ikan paus itu akan dilaksanakan di dalam makmal bagi mengenal pasti sebarang penyakit dalaman yang mungkin dialami oleh ikan paus terbabit.

Beliau berkata bedah siasat hari ini hanya melibatkan bedah siasat secara fizikal dan luaran sahaja.

“Kalau sebelum ni mungkin ada yang mengaitkan punca kematian mengenai emosi, kami khuatir paus ini yang menghampiri perairan untuk mencari sumber makanan mungkin memakan sesuatu yang bukan makanannya,” kata beliau ketika ditemui pemberita di pejabat Perikanan daerah Batu Pahat di sini hari ini.

Beliau berkata seramai lima pegawai dari Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Rantau Abang, Terengganu dan Jabatan Veterinar Johor terlibat dalam bedah siasat ikan paus di jeti pejabat daerah hari ini.

“Bangkai ikan paus ini kami akan bedah siasat dan seterusnya ambil rangka dan tulangnya untuk kami simpan di galeri sementara di Kompleks Perikanan jabatan di Tampoi,” kata Munir.

Katanya galeri sementara itu bukan sahaja menempatkan rangka ikan paus sekali gus boleh menjadi platform untuk memberi penerangan kepada orang awam mengenai spesies marin terancam.

Usaha itu adalah sebahagian daripada rancangan jabatan itu untuk mewujudkan galeri tetap yang dapat mengumpulkan segala spesies marin terancam lain terutamanya yang menghuni perairan Johor.

“Kami juga mahu memberi penerangan kepada orang awam terutamanya nelayan mengenai spesies terancam terutamanya cara menghadapi situasi sekiranya haiwan marin terdampar di perairan kita,” kata beliau.

Menurutnya, terdapat 15 spesies ikan paus dikesan berada di perairan Malaysia.

Ikan paus yang ditemukan mati di muara Sungai Sarang Buaya, Semerah dekat Batu Pahat pada petang 9 Feb itu merupakan paus jantan dewasa daripada spesies Sei atau nama saintifiknya Balaenoptera Borealis.

Ikan yang dianggarkan berusia 15 tahun itu, mula dikesan di Pantai Rambah sehari sebelum itu, sebelum ia dikesan kira-kira sejauh 90 batu nautika dari Pontian.

Kematian paus daripada spesies tersebut merupakan kali keempat di negara ini dalam tempoh 10 tahun iaitu di Pulau Carey di Selangor, Pantai Nenasi di Pahang, Banting di Selangor sebelum di Sungai Sarang Buaya, semalam. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]XLfluUxrK60[/wpdevart_youtube]

Tags: Ikan Paus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

21/09/2022
0

SYDNEY: Kira-kira 230 ikan paus ditemukan terdampar di pantai barat Tasmania hari ini dan menurut pihak berkuasa Australia, hanya separuh...

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

13/08/2022
0

REYKJAVIK, Iceland – Sebilangan ikan paus dilapah di pantai Iceland selepas tempoh larangan memburu mamalia marin berkenaan selama empat tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd