• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Search 35 Tahun Bakal Gegar Stadium Merdeka

oleh AK-47
19/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

DURASI 35 tahun bukanlah satu jangka yang pendek dalam usia berkumpulan. Tetap teguh hingga kini dengan rangkaian lagu-lagu yang tidak lekang dek masa, Search kini berdiri di angka 35 tahun penubuhannya dan masih berjalan dengan angka itu.

Cinta Buatan Malaysia yang muncul pada tahun 1985 merupakan sebuah pengenalan yang cukup mengesan.

Sebuah tanda akan kewujudan sebuah band yang bukan sahaja mengusung muzik tanda dagang mereka tapi juga sebuah pembuktian kepada bangganya Malaysia dengan para pemuzik kelahiran tanah air.

Pihak Afjets Sdn. Bhd. dengan bangganya membawakan kegemilangan itu pada tahun ini sambil meraikan tiga puluh lima tahun Search dalam sebuah konsert ulang tahun.

Tanda tarikh 9 April 2016 anda, kerana tanggal ini akan memberikan sebuah lagi pengabdian fenomena dan kenangan buat para peminat Search khususnya.

Apatah lagi Stadium Merdeka Kuala Lumpur menjadi venue pilihan untuk menyaksikan puluhan ribuan peminat setia Search mengumandangkan antem-antem Search yang sudah sebati dalam diri mereka.

“Selaku pihak penganjur untuk konsert ulangtahun Search ke-35 tahun, Afjet Sdn. Bhd. ingin menampilkan sesuatu di luar jangkaan untuk peminat-peminat kumpulan lagenda rock tanah air Search yang sentiasa menyokong selama ini.

“Berlainan konsert-konsert sebelumnya, diharapkan peminat-peminat bersabar dalam menantikan kejutan tersebut. Tetapi yang pasti kumpulan Search akan menyanyikan lagu-lagu yang menjadi kegilaan ramai sehingga kini,” ujar Amrul Nizar Anuar.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Afjets berkata demikian pada sidang media Konsert Search 35 Tahun yang diadakan di Redland Terminal Centre & Hangar Complex, di sini, pada malam Rabu.

7
Amrul Nizar Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif Afjets.
22
Search bersama rakan-rakan artis ketika dimajlis sidang media malam tadi.

“Kegemalangan kumpulan Search dan perjuangan mereka di dalam industri muzik rock di Malaysia sentiasa akan diingati dan dihargai. Beberapa aktiviti yang berbentuk tribute flashback bersama peminat Search juga telah dirancangkan beserta dengan hadiah-hadiah menarik bagi tujuan promosi untuk menjayakan konsert tersebut.

“Dari segi keselamatan, pihak kami akan cuba memastikan konsert ini berjalan dengan lancar di bawah pengawasan ketat pihak polis ketika konsert berlangsung,” ujar Amrul lagi berkenaan konsert yang akan bermula pukul 8.30 malam tersebut.

21
Amy Search bersama Hazama, Akim Ahmad, vokalis kumpulan Pita Hati, Ilham dan Sam Bunkface ketika membuat persembahan menyampaikan lagu Isabella.

Bukan hanya sekadar menggamit kenangan dan memori yang tetap segar dalam lipatan sejarah namun konsert di bawah lembayung ulang tahun ini merupakan sebuah lagi penyataan tentang grup ini yang dinamakan The Living Legend.

Penyataan yang datang bersama tanda aras tersendiri dalam setiap sesuatu yang dilakukan Search. Nantikan aktiviti-aktiviti ‘tribute flashback‘ ini yang akan diwarkan-warkan dari masa ke masa.

Perjalanan atur masa flashback ini bukan sahaja membawa para peminat Search menerawang dengan lagu-lagu hits mereka tetapi juga balik semula kepada jalur masa perjalanan awal hingga kini kumpulan Search.

Segala infomasi lengkap tentang Konsert #Search35 ini boleh didapati menerusi www.afjets-search.com atau di laman Facebook, Fenomena Search.

Tiket-tiket sudah mula dijual hari ini dengan harga RM135 (Mat Rock), RM135 (Isabella), RM288 (Kejora), RM288 (Pawana) dan RM899 (Fenomena).

Segala maklumat lanjut, anda boleh layari www.tiketpro.com.my. – MYNEWSSHUB.CC

Tags: KonsertSearch
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Nourul Depp memilih Mimi Fly sebagai artis jemputan bagi konsert solo ‘For You Nourul’ yang...

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd