PENDUDUK Johor sekali lagi digemparkan dengan penemuan seekor ikan paus di Muara Sungai Sarang Buaya, Semerah, Batu Pahat.
Ramai yang beranggapan bahawa ia adalah ikan yang sama seperti yang ditemui sebelum ini tetapi masih belum dapat dipastikan jika ia adalah paus yang sama dijumpai di Pontian baru-baru ini, lapor Balai Polis, Semerah.
Paus, seekor haiwan vertebrata akuatik, disebabkan lengkungan pektoral dan pelvis yang kecil dari saiz badan, ia bergantung pada keapungan air sahaja.
Tetapi disebabkan sudah berada di muara, ia tidak mempunyai keapungan air yang kuat, dan atas faktor itu ikan tersebut mungkin boleh terdampar di sana.
Walaubagaimanapun, ikan tersebut dilaporkan mati oleh Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pangkalan Maritim Batu Pahat, Lt. Komander Maritim, Muhammad Zulkarnain Abdullah.
BACA: Ikan Paus 9 Meter Tersangkut di Johor Berjaya Diselamatkan
JUGA BACA:  Usaha Tarik Ikan Paus Di Pantai Rambah Melebihi 3 Jam
Muhammad Zulkarnain berkata usaha untuk menarik bangkai ikan paus tersebut masih gagal sehingga 9 malam Selasa kerana faktor air surut dan ia akan disambung pagi Rabu.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ZhyRuxMvvXg]

