• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IKEA Tarik Balik Lampu Siling Hyby, Lock Dan Rinna

oleh Ahmad Albab
09/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – IKEA meminta pelanggannya yang memiliki lampu siling HYBY, LOCK atau RINNA agar segera mengembalikan produk terbabit ke kedai IKEA dan menerima bayaran balik sepenuhnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, kedai perabot itu berkata ia menerima laporan daripada pelanggan di seluruh dunia mengenai insiden penutup kaca lampu berkenaan terjatuh.

Ada beberapa kejadian melibatkan mangsa perlu mendapatkan rawatan perubatan termasuk satu kes di Malaysia, katanya.

“IKEA memandang serius aspek keselamatan produk. Semua produk kami diuji bagi mematuhi piawaian dan undang-undang.

“Di sebalik semua ini, kami menerima laporan lampu siling LOCK dan HYBY jatuh daripada siling. Bagi menjamin keselamatan pengguna dan mengelakkan kejadian tidak diingini seterusnya, kami menarik balik produk terbabit dengan bayaran balik penuh,” kata IKEA.

Lampu siling LOCK dan HYBY masing-masing dijual di Malaysia sejak 2002 dan 2012.

Lampu siling RINNA pula hanya terdapat di 11 negara Eropah dan di China. Produk ini tidak dijual di Malaysia.

Pelanggan tidak perlu mengemukakan bukti pembelian bagi mendapatkan bayaran balik penuh, kata IKEA yang turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi pusat perkhidmatan pelanggan IKEA menerusi talian 03-79527575. – BERNAMA

Tags: IKEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

05/10/2023
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan empayarnya dengan menjalinkan kerjasama dengan IKEA Tebrau dan pusat beli-belah...

Harga Produk Ikea Meningkat 9 Peratus Tahun Ini

01/01/2022
0

AMSTERDAM – Syarikat gedung perabot terkemuka, Ikea, menaikkan harga jualan produknya sebanyak sembilan peratus bagi tahun ini yang melibatkan semua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd