ANAK kedua kepada Kate Middleton dan Putera William, Puteri Charlotte yang baru sahaja berusia 9 bulan kini telah menjadi inspirasi kepada jenama terkemuka, Marc Jacobs dalam penghasilan koleksi gincunya yang terkini.
Memiliki sepasang mata berwarna biru, berambut perang gelap, dan sepasang bibir kecil, Charlotte kelihatan begitu comel dalam gambar keluarga pada Hari Natal tahun lalu.

Keindahan Charlotte telah memberi inspirasi kepada pereka fesyen, Marc Jacobs, untuk menghasilkan koleksi gincu terkini.
Beberapa ketika dahulu, Jacobs telah mengeluarkan varian terbaharu gincu untuk siri produk kecantikannya.
Jacobs malah menamakan salah satu koleksi gincunya sempena nama Puteri Charlotte.
Gincu “Charlotte” menawarkan sedikit warna merah jambu gelap dan mempunyai tekstur berkrim.
Jacobs memperkenalkan gincu Charlotte itu pada harga A$34 (RM142.41).
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=hHo-NP6P7V4]