• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikan Paus 9 Meter Tersangkut di Johor Berjaya Diselamatkan

oleh AK-47
11/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDUDUK Pontian digemparkan dengan kehadiran seekor ikan paus seberat 3 tan dan berukuran 9.14 meter apabila mamalia terbesar itu ditemui kira-kira jam 2.00 petang Isnin di Pantai Rambah.

Penemuan terbabit menarik perhatian orang ramai kerana ia disifatkan unik kerana haiwan mamalia itu hidup di kawasan beriklim sejuk dan tidak terdapat di kawasan perairan negara ini.

Ikan paus itu telah diselamatkan oleh penduduk dan anggota penyelamat yang terdiri dari Bomba dan JPAM.

Menurut Ketua Operasi Khidmat Khas, Balai Bomba Pontian Baru, Jumaat Sailan, ikan paus tersebut diselamat menggunakan bot nelayan tempatan yang digunakan untuk menarik ikan paus berkenaan yang berada hanya kira-kira 50 meter dari kawasan tebing Pantai Rambah.

“Ikan paus itu masih lagi hidup. Justeru gerakan menyelamatkan mamalia itu dilakukan dengan bantuan penduduk dan nelayan tempatan. ‎

“Kami cuba membawa ikan paus itu ke laut dalam, kerana ka‎wasan di tepi pantai Rambah agak cetek.

“Ekor ikan paus telah diikat dengan tali, yang kemudiannya ditarik oleh nelayan tempatan ke laut dalam kira-kira 50 meter,” katanya.

Tambah beliau juga, sebaik haiwan itu berjaya ditarik ke kawasan laut dalam kira-kira jam 3.30 petang ikan tersebut dilepaskan.

ikang

“Gerakan menyelamatkan ikan paus sebegini, kali pertama dilakukan di kawasan pantai di daerah Pontian.

“Kerjasama yang begitu baik penduduk dan nelayan kepada pasukan penyelamat memudahkan kerja-kerja menyelamat dilakukan,”katanya sebagaimana lapor Bernama.

Seorang nelayan, Ariss Karim, 54, berkata ikan paus itu dilihat berlegar-legar di tengah laut berdekatan Pantai Rambah sejak awal pagi tadi namun dia tidak menyangka ianya adalah ikan paus sehingga mamalia itu terdampar di Pantai Rambah tengah hari Ahad.

“Ikan paus itu mungkin ikut arus sehinggalah terdampar ke tepi pantai. Ini kali pertama pak cik melihat ikan paus di kawasan pantai di sini. Memang pelik kerana ikan sebegini hanya boleh ditemui di kawasan beriklim sejuk,”katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ikan PausJohor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd