• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unit ‘Sniper’ Sedia Tembak Mati Pemburu Badak Sumbu Di Kenya

oleh AK-47
11/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI menangani kegiatan memburu badak sumbu secara haram yang kian meningkat di rantau Afrika tengah, Kenya menubuhkan unit khas Pembanteras Jenayah Hidupan Liar.

Pasukan yang dilatih bawah pantauan unit ketenteraan British (SAS) ini, merupakan ‘musuh’ utama buat pemburu-pemburu haram di Kenya sekarang.

“Jika kami terlihat aktiviti mencurigakan melibatkan haiwan tersebut, meskipun individu itu adalah darah daging sendiri kami tidak teragak-agak untuk menembaknya hingga mati,” ujar seorang anggota SAS berpangkat Sarjan.

Kegiatan memburu badak sumbu berpunca daripada permintaan tinggi bagi mendapatkan sumbunya bagi tujuan perubatan tradisional.

Di Afrika Selatan, kegiatan memburu badak sumbu mencatat peningkatan berganda beberapa tahun kebelakangan ini.

Dianggarkan  sebanyak 200,000 ribu badak sumbu mendiami kawasan gurun di Kenya sebagai habitat semula jadi, namun jumlah berkenaan menurun secara drastik kepada 200 ekor sahaja pada 80-an.

badak3

Bilangan badak sumbu yang terkorban akibat aktiviti pemburuan haram menjadi berita yang mengejutkan semua orang.

Walaupun perdagangan sumbu badak telah diharamkan di peringkat antarabangsa tetapi permintaannya di pasaran gelap terus meningkat.

Itulah faktor yang mengundang penubuhan unit khas menghalang pemburu haram menggunakan teknologi tinggi terpaksa dibuat.

Anggota unit khas terbabit, turut menggunakan helikopter bagi menjalankan tugas mereka.

badak

Sebelum ini beberapa langkah pemulihan telah dijalankan oleh kerajaan Kenya bagi membendung peningkatan aktiviti pemburuan haram badak sumbu.

Meskipun kawasan pemulihan seperti di Lewa dan Borona yang meliputi 145 batu persegi telah diperuntukkan sebagai kawasan ‘zon selamat’ buat badak sumbu putih dan hitam sejak 1984, ianya tidak dapat menghentikan kegiatan pemburu haram.

“Kami telah kehilangan 17 daripada 90 ekor badak sumbu yang berada di kawasan tersebut. Bilangan pemburu haram bersenjata yang kian bertambah mengakibatkan kami tak dapat berbuat apa-apa.

“Jadi sudah tiba masanya kami melakukan pembaharuan dalam menangani kes ini,“ ujar Michael Dyer, pegawai keselamatan hidupan liar di Borona.

badak2

Daripada seorang pegawai biasa perhilitan di Kenya, Dyer telah dilatih oleh unit anggota SAS menjadi salah seorang pegawai anti pemburuan haiwan liar yang menggunakan rifal sebagai penembak hendap.

“Kami bergerak secara berkumpulan yang dianggotai seorang penembak tepat, dua marksman dan seorang pemberi maklumat lokasi kegiatan pemburuan,” kata Dyer.

“Alatan ketenteraan canggih seperti gogal night vision dan radio penghubungan frekuensi tinggi antara yang wajib buat anggota khas ini,” tambah Dyer.

Sumbu badak berharga kerana banyak diperdagangkan secara haram di negara-negara Asia terutamanya Asia Tenggara untuk tujuan perubatan selain dijadikan barang perhiasan.

Masyarakat Asia juga mempercayai khasiatnya untuk merawat demam panas dan tekanan darah tinggi.

Sesetengah pelanggan dikatakan sanggup membayar sehingga AS$21,000 (RM87,000) hanya untuk sebatang sumbu yang boleh mencecah berat 11 kilogram.

Menurut badan pemantauan hidupan liar, Traffic, permintaan yang tinggi dan ketandusan endemik dalam habitat badak meningkatkan kadar aktiviti pemburuan haram ke paras tertinggi sejak tempoh 15 tahun lalu.

Pada 2014 sebanyak 1,215 badak sumbu telah dibunuh dan dalam masa yang sama seramai 42 pemburu haram maut di tangan pegawai pengguatkuasa yang menjalankan tugas.

Perang berdarah ini pastinya tidak berlaku jika tiada permintaan daripada manusia keji yang berkiblatkan wang ringgit demi mengecapi kemewahan hidup. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BBC

Tags: AfrikaAfrika Selatanbadakhaiwan liarKenya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Terus Berwaspada Dengan Virus Zika

Next Post

Remaja Lelaki 14 tahun Korban Pertama Banjir Di Johor

Related Posts

ICJ Akan Putuskan Permohonan Gencatan Senjata Gaza Oleh Afrika Selatan

ICJ Akan Putuskan Permohonan Gencatan Senjata Gaza Oleh Afrika Selatan

24/05/2024
0

THE HAGUE - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), badan kehakiman tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata bahawa ia akan mengeluarkan keputusan...

SPRM Siasat Tun Daim Berdasarkan Maklumat Kertas Pandora

Lakukan Genosid Di Gaza, Afrika Selatan Fail Kes Di ICJ

30/12/2023
0

WASHINGTON - Afrika Selatan pada Jumaat memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana rejim...

Next Post

Remaja Lelaki 14 tahun Korban Pertama Banjir Di Johor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd