• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerja Pembinaan, Penyelenggaraan Lebuh Raya Dihenti 14 Hari

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sempena Tahun Baharu Cina, Kementerian Kerja Raya mengeluarkan arahan ‘henti kerja’ di lebuh raya utama selama 14 hari bermula Isnin.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia sebagai langkah mengurangkan kesesakan di lebuh raya yang disebabkan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan.

“Namun ia dikecualikan bagi kerja-kerja kritikal,” katanya dalam majlis Penyempurnaan Perlampuan di sepanjang Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan timbalannya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Dalam teks ucapannya, Fadillah juga berkata, pelaksanaan larangan penggunaan kenderaan berat di jalan dan lebuh raya akan dikuatkuasakan Jabatan Pengangkutan Jalan selama empat hari.

“Ia bermula iaitu pada 6 dan 7 Februari manakala 13 dan 14 Februari kerana dijangka berlaku peningkatan trafik pada hari tersebut.

“Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSLKM) akan mengambil inisiatif lain antaranya mengaktifkan laluan kontra di beberapa lokasi lebuh raya yang sesak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Selain itu, PSLKM juga akan menyediakan nasihat jadual perjalanan untuk pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), katanya.

Sementara itu, syarikat konsesi IJM turut mengumumkan pemberian ‘ang pow’ iaitu diskaun tol dan pemberian kad Touch ‘n Go’ di lebuh raya kendaliannya. – BERNAMA

Tags: Tahun baru Cina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

PM Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

21/01/2023
0

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini...

Sambut Tahun Baru Cina Hanya Bersama Keluarga Serumah

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Sambutan Tahun Baru Cina hanya dibenarkan di rumah dalam kalangan ahli keluarga sahaja. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd