• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muncul Di Forbes, Gadis Ini Albert Einstein Zaman Moden?

oleh Ahmad Albab
04/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEAWAL usia belasan tahun dia sudah menjadi seorang gadis yang berani apabila melangkah masuk ke pejabat kampus Massachusetts Institute of Technology (MIT) agar single-engine kapal terbang yang dibinanya itu diluluskan MIT.

8 tahun kemudian, dia yang kini berusia 22 tahun telah mencetuskan fenomena baru di kalangan para penyelidik. Gadis ini bernama Sabrina Gonzalez Pasterski, graduan MIT dan calon Ph.D Universiti Harvard dalam bidang fizik.

Pasterski pernah muncul dalam artikel Forbes tahun lepas, “30 Under 30: Young Scienctists Who Are Changing The World” yang mengetengahkan para bijak pandai di bawah usia 30 tahun.

Kebanyakan explorasi kajian Pasterski melibatkan cabaran besar dan isu kompleks di dalam fizik seperti black holes, sifat semulajadi graviti dan spacetime. Ia seperti yang pernah dilakukan oleh Stephen Hawking dan Albert Einstein pada awal kerjaya mereka dahulu.

Fokus Pasterski adalah cuba memahami dengan lebih baik tentang “quantum gravity” di mana dia mencari penerangan berkaitan fenomena graviti dari sudut konteks mekanik kuantum. Penemuan di dalam bidang ini pastinya akan mengubah keseluruhan kefahaman kita tentang bagaimana alam ini berfungsi.

Peluang kerja juga telah menantinya apabila dia mendapat perhatian khusus daripada Jeff Bezos yang merupakan pengasas Amazon.com, pembangun aerospace dan pembuat Blue Origin.

Pasterski bukan seperti belia masa kini yang menjadikan media sosial sebahagian dari kehidupan. Dia tidak mempunyai akaun Facebook, LinkedIn atau Instagram dan juga tidak mempunyai telefon pintar. Tapi dia mempunyai laman web sendiri, PhysicsGirl.

Dia juga tidak pernah mempunyai kekasih, tidak minum minuman beralkohol dan tidak merokok.

Walaupun setiap tahun bilangan graduan fizik muncul di Amerika Syarikat, Pasterski tetap popular di kalangan profesor kerana kepandaiannya dan menerima beratus ribu dollar duit geran dari Hertz Foundation, Smith Foundation dan National Science Foundation.

Pasterski juga tidak mempedulikan tentang data terbaru U.S Census Bureau: American Community Survey yang menunjukkan hanya 26 peratus graduan sains di Amerika mempunyai kerjaya di dalam bidang mereka.

Ini kerana Pasterski menganggap fizik adalah satu perkara yang menyeronokkan. Ia bukan seperti satu pekerjaan pagi pergi kerja dan petang, balik semula ke rumah.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=EQi4YZvBY3s]

Tags: albert einsteinbijakfizikFORBESgadis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Makhluk Aneh Ditemui Di Caribbean

Next Post

Pekerja Dobi Menerima Padah ‘Berangan’ Jadi Askar

Related Posts

Perumpamaan Kavadi: Antara Fizik Dan Ritual

Perumpamaan Kavadi: Antara Fizik Dan Ritual

15/07/2022
0

Rasanya semua sudah tahu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233...

10 Beradik Masuk Universiti Pada Usia 13 Tahun

21/11/2021
0

SAN JOSE, CALIFORNIA – Sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat yang tidak menghantar kesemua 10 anak mereka ke sekolah formal...

Next Post

Pekerja Dobi Menerima Padah 'Berangan' Jadi Askar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd