• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Nafi Kerjasama Dengan DAP

oleh Ahmad Albab
17/02/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan, menafikan beliau akan bekerjasama dengan DAP bagi menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa mereka akan bekerjasama untuk tujuan itu adalah pandangan peribadi Ahli Parlimen Gelang Patah tersebut.

“Merujuk laporan berita mengenai kenyataan,Kit Siang bahawa saya merupakan rekrut terbaharu beliau dalam perjuangan menyelamatkan Malaysia, saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah pandangan peribadi beliau.

“Saya tidak pernah direkrut oleh sesiapapun,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Mynewshub.cc pada 14 Februari lalu melaporkab DAP mengumumkan parti itu akan mengadakan kerjasama dengan Timbalan Presiden UMNO dan pasukannya bagi menjatuhkan Perdana Menteri.

Kit Siang dipetik berkata, pada dasarnya terdapat tiga subjek yang menjadi persamaan diantara Muhyiddin dan UMNO Johor dengan DAP untuk menyerang Najib waktu ini iaitu dalam isu derma politik, 1MDB dan SRC International.

“Rekrut terkini untuk agenda (jatuhkan Najib) tidak lain iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri (Muhyiddin) kerana mesejnya di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Pagoh bahawa perlu segera menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara yang gagal,” kata Kit Siang.

Kit Siang yang juga Ketua Ahli Parlimen DAP menjelaskan, kerjasama dengan Muhyiddin dan UMNO Johor secara tidak langsung akan memberi ruang kepada DAP dan Pakatan Harapan memperluaskan penguasaannya di negeri itu. – mynewshub.cc

Tags: DAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd