• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haram Derma Darah Jika Pernah Ke Negara Ada Zika – WHO

oleh
09/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Dalam langkah terbaharunya mengekang penularan lanjut virus Zika, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini menasihati agar tidak menerima darah daripada penderma yang pernah ke negara terjejas virus Zika.

Nasihat keras oleh WHO itu dikeluarkan kepada semua negara di seluruh dunia selepas Brazil mengesahkan satu kes jangkitan Zika direkodkan menerusi proses pemindahan darah pada tahun lalu.

Pemerintah Brazil sudah menasihati bank-bank darah negara itu supaya mencegah mereka yang dijangkiti virus Zika atau denggi daripada menderma darah sehinggalah 30 hari selepas mereka sembuh sepenuhnya.

Bank-bank darah di Amerika Syarikat (AS), Britain dan Hong Kong juga telah mengambil langkah serupa apabila melarang penderma yang ada rekod sejarah pernah melawat negara-negara terlibat dengan penularan Zika.

Virus Zika pada kelazimannya dikaitkan dengan kecacatan bayi sejak dalam kandungan dan secara umumnya disebarkan oleh nyamuk aedes betina yang biasanya hanya menyebabkan penyakit demam denggi.

Kecuali Kanada dan Chile yang masih diisytiharkan selamat, penularannya banyak berlaku di benua Amerika terutama sekali di Amerika Selatan dan Tengah serta rantau Caribbean.

Bagaimanapun sudah ada kes pertama di Eropah, seorang wanita hamil dijangkiti virus tersebut. Wanita di Sepanyol itu dijangkiti virus Zika semasa berkunjung ke Colombia.

Kesemuanya ada tujuh kes jangkitan Zika di Sepanyol tetapi semua pesakitnya dilaporkan dalam keadaan baik. AS juga melaporkan tiga kes baharu Zika di Washington DC termasuk seorang wanita hamil.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Kes Pertama Kali Virus Zika Disebar Melalui Seks

Tags: NyamukZika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera China Ada Radar Boleh Kesan Nyamuk

01/04/2018
0

CANGGIH... Pihak berkuasa China berjaya membangunkan sebuah radar tentera super sensitif yang mampu mengesan pergerakan sayap dengung nyamuk sehingga jarak...

Melaka Pertama Di Malaysia Guna Dron ‘Buru’ Nyamuk

11/02/2018
0

UNIK... Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah menjadi pusat kesihatan pertama di negara ini yang menggunakan pesawat kawalan jauh atau 'dron'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd