• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Minta Tuduhan Tidak Berasas Dihentikan

oleh Ahmad Albab
05/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) meminta semua pihak berhenti membuat tuduhan tidak berasas terhadapnya, yang menimbulkan kekeliruan dan akhirnya menjejaskan keutuhan ummah.

Dalam satu kenyataan hari ini, TH menegaskan bahawa kedudukan kewangannya kukuh, dengan pendapatan sebanyak RM4.47 bilion dan keuntungan sebenar mencecah RM3.53 bilion bagi tahun Kewangan 2015.

“Sejak tahun 2009 sehingga tahun ini (2016), TH telah mengekalkan bayaran haji pada RM9,980 bagi seorang jemaah. Untuk tahun 2016, kos sebenar haji meningkat kepada RM18,890, dengan subsidi haji sebanyak RM8,910 seorang.

“TH dijangka menanggung subsidi haji sebanyak RM160 juta untuk musim haji tahun ini. Prestasi kewangan dan pelaburan TH yang ternyata kukuh, membolehkan TH menanggung subsidi haji berjumlah RM815 juta sejak 10 tahun lalu,” katanya.

Semalam, TH mengumumkan bonus pendeposit bagi tahun kewangan 2015, merangkumi 5.0 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3.0 peratus, kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan Fardhu Haji

Sementara itu, pendeposit disaran menyemak bonus mereka di kaunter TH atau melalui mesin ATM bank-bank rakan strategiknya (Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic), selewat-lewatnya Rabu, 10 Feb 2016. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]4O0SXqUkKIc[/wpdevart_youtube]

Tags: Tabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd