• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Diancam 9 Juta Kura-kura Bawa Pepijat Toksik

oleh
05/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Terrapin atau kura-kura adalah haiwan peliharaan yang begitu popular dan dengan hanya beberapa dolar sahaja, reptilia kecil itu boleh dibeli sebagai binatang kesayangan di rumah sama seperti kucing atau anjing.

Kura-kura jenis ‘Red-Eared Slider‘ misalnya, adalah spesis dari Amerika Syarikat (AS) yang dibiak dalam kilang dan di Singapura saja, dianggarkan hampir sembilan juta haiwan berkenaan diimport dari AS sejak tahun 2006.

Namun demikian, tidak ramai tahu tentang risiko kesihatan yang boleh ditimbulkan oleh haiwan kecil tersebut, kata Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Raffles, Michael Lee yang disiarkan oleh stesen Channel News Asia.

“Haiwan itu membawa pepijat yang dikenal pasti sebagai Salmonella – ia dikeluarkan melalui najisnya – dan sudah tentu apabila haiwan itu disentuh oleh manusia, kita mungkin menyentuhi bakteria tersebut tanpa sengaja.

“Pada satu-satu tahap, jumlah itu boleh menjadi toksik kepada manusia sendiri.” katanya yang merujuk kepada perangkaan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), terdapat 1,957 kes Salmonellosis pada tahun 2015.

kura-kura

Namun, data mengenai jumlah kes yang disebabkan oleh kura-kura peliharaan atau reptilia lain tidak diketahui. Doktor berkata mereka yakin jumlah kes di Singapura, meskipun jarang berlaku, tetapi ia kurang dilaporkan.

Menurut Dr. Lee, ia bukan satu amalan yang menjadi kelaziman bagi para doktor untuk bertanya pesakit sama ada mereka memelihara kura-kura di rumah ataupun tidak, kerana kebanyakan tanda Salmonella tidak begitu serius.

“Pesakit sering kait dengan makanan kurang bersih yang dimakan atau kerana tidak basuh tangan dengan betul,” tambahnya merujuk mereka yang terdedah mungkin mengalami tanda dikaitkan sebagai keracunan makanan.

Antara kebiasaan penghidap kes Salmonellosis tersebut seperti demam, muntah-muntah dan cirit-birit, sementara ada pula sesetengah pesakit lain mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda jangkitan yang begtu ketara.

Kura-kura jenis ‘Red-Eared Slider’ dianggap sebagai salah satu daripada 100 spesis yang paling invasif, dengan banyak negara bertindak tegas apabila mengharamkan langsung import atau penjualannya di pasaran tempatan.

Di negara asalnya sahaja iaitu AS sendiri sudah mengeluarkan amaran keras mengenai kaitan haiwan reptilia itu dengan penyakit bawaan Salmonella dan undang-undang ketat sudah mula dikuatkuasakan sejak tahun 1975.

Kedai haiwan yang menjual kura-kura ‘Red-Eared Slider‘ di AS dikehendaki memasang poster dengan maklumat dan gambar bagi menunjukkan kepada pembeli mereka tentang sejauh mana haiwan tersebut boleh membesar.

Dalam pada itu, tinjauan rambang Channel NewsAsia ke atas 12 buah kedai haiwan komersial di merata Singapura mendedahkan hasil yang cukup mengejutkan apabila tiada satu pun antara mereka yang memasang poster.

Malah apabila ditanya berhubung risiko kesihatan dikaitkan dengan haiwan reptilia, pemilik kedai tidak tahu apa-apa tentang ancaman toksik Salmonella yang berasal daripada kura-kura jenis itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd