IKLAN yang diterbitkan oleh pertubuhan People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) berkemungkinan tidak dapat ditonton peminat sukan Super Bowl selepas penayangannya diharamkan, baru-baru ini.
Slot iklan yang dibeli PETA terpaksa ditarik balik berikutan iklan kontroversi yang menunjukkan kehidupan seks pemakan daging dan bukan pemakan daging (vegan).
Sukan nombor satu rakyat Amerika Syarikat itu saban tahun menjadi tumpuan jutaan penduduk di sana malah ia turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian penyanyi popular dunia.
Antara yang pernah membuat persembahan pada waktu rehat permainan itu ialah Beyonce, Janet Jackson, Justin Timberlake, Coldplay dan ramai lagi.
Iklan itu terpaksa ditarik balik berikutan isi kandungannya yang tidak sesuai ditonton oleh semua lapisan umur.
Video berdurasi 38 saat itu menunjukkan perbandingan kehidupan seks di antara dua pasangan yang mana pasangan vegan mendapat kepuasan seks yang lebih tahan lama daripada pasangan yang tidak mengamalkan pemakanan vegetarian dalam kehidupan seharian mereka. – MYNEWSHUB.CC
Video:  not safe for work (NSFW)