TIDAK siapa dapat menafikan sentuhan Pengarah Syamsul Yusof menerusi filem seram pertama arahannya, Khurafat, mencetuskan fenomenanya yang tersendiri apabila ia dikatakan antara karya seram yang paling berjaya dalam sejarah perfileman tempatan.
Terbaharu Syamsul bakal tampil dengan filem Munafik yang bakal ditayangkan bermula 25 Februari ini di pawagam seluruh Malaysia.
Daripada trailernya sahaja, sudah cukup menimbulkan perasaan seram dengan efek bunyi dan lakonan cemerlang para pelakonnya.
Antara pelakon yang menghangatkan filem ini ialah Nabila Huda, Pekin Ibrahim, Dato Rahim Razali, Sabrina Ali, A. Galak dan Syamsul Yusof sendiri.
Jadi, sama-sama kita tunggu tayangannya nanti! – MYNEWSHUB.CC