• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPPA Basmi Rasuah Di Malaysia – IDEAS

oleh Ahmad Albab
22/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) jika ditandatangani Malaysia bakal memperkukuhkan sistem anti rasuah dan tadbir urus negara ini.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata, TPPA bakal menggalakkan kerajaan meningkatkan akauntabiliti dan memastikan sistem perolehan yang lebih telus.

“TPPA adalah satu langkah ke arah yang betul untuk memastikan usaha penambahbaikan tadbir urus negara akan terus berjalan.

“Kami menyeru Ahli Parlimen menyokong cadangan agar Malaysia menandatangani TPPA,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Wan Saiful berkata, pandangan IDEAS itu akan diserahkan kepada Ahli Parlimen dalam bentuk kertas kajian sebagai rujukan mereka menyokong TPPA.

Mengulas lanjut, katanya, TPPA peluang berharga untuk Malaysia menangani kelemahan tadbir urus seperti masalah rasuah dan sistem perolehan kerajaan yang masih belum sempurna.

Katanya, ada beberapa faedah sosio-politik yang penting yang akan dihasilkan oleh TPPA dan semua itu perlu dipertimbangkan dalam membuat keputusan menandatangani TPPA atau tidak.

“Tatkala kemahuan politik untuk menjadi lebih baik kini semakin lemah, TPPA boleh menjadi pemangkin penting untuk memastikan negara kita kembali ke landasan yang sewajarnya,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: IDEASTPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd