• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbang Segala Aspek Sebelum Haramkan Vape Di Sabah

oleh Ahmad Albab
30/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Peniaga vape di Sabah memohon kerajaan membuat pertimbangan secara mendalam dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum bertindak mengharamkan penjualan dan penggunaan vape di Sabah.

Jurucakap peniaga vape Sabah Shah Fareed berkata pengharaman vape secara melulu di negeri ini bukan sahaja akan menjejaskan perniaga yang kebanyakannya terdiri daripada bumiputera berumur 40 tahun ke bawah, tetapi dikhuatiri akan membawa vape ke pasaran gelap.

Menurut Shah, peniaga vape telah melaburkan sejumlah wang yang besar termasuk membuat pinjaman bank, malah sanggup menjual tanah untuk dijadikan modal semata-mata bagi melibatkan diri dalam perniagaan berkenaan.

“Kami mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu panel khas melibatkan wakil kerajaan dan pihak luar untuk menyediakan garis panduan mengenai penjualan dan penggunaan vape. Kami tidak ada masalah untuk patuhi garis panduan yang disediakan kerajaan,” katanya.

Shah berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri lebih 50 pengusaha vape di Sabah di sini, malam tadi. Dianggarkan terdapat kira-kira 80 pengusaha vape di Sabah.

Pada 21 Jan lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah memutuskan penggunaan shisha dan rokok elektronik ataupun vape dalam kalangan umat Islam di negeri ini adalah haram, berikutan sifatnya yang memudaratkan kesihatan.

Mufti negeri Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata perkara itu diputuskan berdasarkan hujah dan pandangan anggota muzakarah pada muzakarah khas jawatankuasa majlis fatwa negeri mengenai penggunaan bahan tersebut. – BERNAMA

Tags: Sabahvape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd