• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Takkan Ada Kerjasama Politik PAS-UMNO

oleh Ahmad Albab
09/01/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS hari ini menegaskan tiada kerjasama politik yang akan dijalin dengan UMNO sekalipun pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata ketetapan itu seiring keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini bahawa tiada kerjasama melibatkan aspek politik dengan UMNO.

“Hingga pilihan raya akan datang, takkan ada kerjasama politik dengan UMNO,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai perkara itu di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, di sini.

Majlis taklimat itu turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan pimpinan tertinggi PAS lain.

Abdul Hadi yang meninggalkan majlis berkenaan pada pukul 12.15 tengah hari bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai sambutan peserta yang terdiri daripada kira-kira 200 pimpinan PAS pusat dan negeri.

Isu kerjasama antara PAS dan UMNO kembali diperkatakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyentuh hal itu dalam ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Najib menghulurkan ‘tali silaturahim’ kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenar.

Najib sekali lagi menyatakan hasratnya itu di hadapan Abdul Hadi ketika kedua-duanya berkongsi pentas di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar hujung bulan lalu.

Mustafa bagaimanapun berkata PAS tidak menolak kerjasama dengan UMNO dalam sektor selain politik termasuk dalam membantu meningkatkan kepentingan rakyat di bidang pendidikan dan ekonomi.

“Keputusan Majlis Syura Ulama itu kita dah terangkan kepada ahli, semua faham….sekarang ini kita akan turun dan jelaskan ke peringkat akar umbi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata PAS akan bertanding lebih daripada 10 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak yang dijangkakan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan tiada kompromi dari segi kerjasama strategik dengan mana-mana pihak dan apa jua strategi yang akan dilakukan mestilah berasaskan dasar parti.

“Kalau dulu kita bersama Pakatan Rakyat kita ingat bahawa dasar kita tidak akan terjejas, tapi bila dah terjejas kita tak boleh buat apa lah,” katanya.
Dalam pada itu anggota jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki menempelak keputusan Pakatan Harapan untuk tidak lagi menerima dasar ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ kerana ia sesuatu yang mustahil dilakukan.

“Setiap manusia ada perbezaan pandangan masing-masing dan konsep Pakatan Harapan untuk ‘unity in everything’ (sepakat dalam setiap perkara) adalah sangat mustahil,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]u4UVX498jNk[/wpdevart_youtube]

Tags: Mustafa Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Akui Saingan Sengit Untuk Kuasai Terengganu

27/03/2018
0

KUALA TERENGGANU – PAS akui akan berlaku persaingan sengit dalam cubaan untuk menguasai Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

PAS Siap Sedia PRU14, Jangka Awal September

01/05/2017
0

ALOR SETAR - PAS sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan tahun ini berdasarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd