• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tajikistan Cukur 13,000 Lelaki Berjanggut Elak Fahaman Daesh

oleh
26/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUSHANBE — Dalam usaha mengekang fahaman kumpulan militan Daesh, pihak berkuasa Tajikistan, sebuah negara majoriti Muslim di rantau Asia Tengah; berjaya mencukur janggut hampir 13,000 lelaki dewasa tempatan.

Pemerintah negara kecil bekas Kesatuan Soviet itu juga bertindak menutup sekitar 160 buah butik jualan busana tradisional Islam dan ‘meyakinkan’ lebih daripada 1,700 wanita Tajik untuk berhenti memakai kerudung kepala.

Menurut stsen Radio Free Europe dalam siaran bahasa Tajik, langkah keras itu bagaimanapun hanya dilakukan untuk penduduk di wilayah Khatlon, terletak di barat daya negara tersebut, dan bersempadan dengan Afghanistan.

Ketua polis wilayah tersebut menyatakan bahawa sebanyak 12,818 lelaki yang didapati sengaja menyimpan “janggut terlalu panjang dan berjambang lebat” telah dicukur dengan habis licin pada sepanjang tahun 2015 lalu.

Langkah itu dikaitkan dengan rejim sekular Presiden Emomali Rahmon yang dikatakan sering bertindak keras terhadap hal ehwal politik Islam, menurut akhbar berpengaruh Amerika Syarikat (AS), The Washington Post.

Dari tahun 1992 hingga 1997, Tajikistan pernah mengalami banyak siri perang saudara yang sengit antara pasukan tentera pemerintah setia kepada Rahmon dan menentang pelbagai kelompok pemberontak Islam tempatan.

Dianggarkan antara 50,000 dan 100,000 orang terkorban dalam perang saudara itu. Pihak berkuasa telah mengambil sejumlah langkah untuk membendung banyak tradisi yang didakwa dibawa masuk dari Afghanistan.

Jabatan Luar Negara AS menjangkakan, lebih daripada 90 peratus penduduk negara berpenduduk 8.7 juta orang itu adalah Muslim Sunnah, dan amalan kepatuhan beragama Islam tampaknya turut meningkat baik di Tajikistan.

Rahmon — seorang pemimpin sekular, waima dia Sunnah — telah berkuasa sejak 1992, namun pentadbirannya berulang kali menyatakan keprihatinan serius atas kebangkitan Islam dengan fahaman sempit ekstremisme Daesh.

Pada September tahun lalu, Mahkamah Agung negara itu malah melarang satu-satunya parti politik bertema Islam yang berdaftar dan diperakui secara rasmi daripada terlibat aktif dalam menjalankan sebarang kegiatan siasah.

Pelbagai masalah ekonomi yang melanda negara miskin itu beberapa tahun lalu pada masa sama menyebabkan ratusan warga Tajikistan sanggup menyertai kumpulan militan Daesh dengan berhijrah terus ke Iraq dan Syria.

Lebih dahsyat, pada tahun lalu, seorang ketua unit pasukan elit polis Tajikistan yang ditugaskan untuk memerangi kegiatan pengganas domestik sebaliknya menghilangkan diri dan kini dipercayai telah menganggotai Daesh.

Menurut laporan Washington Post, tindakan keras di Tajikistan itu cuba ‘meniru’ langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak berkuasa China di seberang sempadan iaitu di wilayah Xinjiang, terletak di bahagian barat China.

Di kawasan tersebut, pemerintah Beijing sekian lama berusaha untuk mengekang tradisi kaum Muslim Uyghur, yang merupakan kelompok majoriti wilayah autonomi Islam tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DaeshjanggutTajikistan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6 Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Lori Di Gua Musang

Next Post

Usahawanita ‘Online’ Disaran Berdaftar Dengan SSM

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

Next Post

Usahawanita 'Online' Disaran Berdaftar Dengan SSM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd