• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Utiliti Tidak Dibenarkan Turap Jalan – DBKL

oleh Ahmad Albab
15/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mulai tahun ini, syarikat utiliti tidak lagi dibenarkan membuat kerja-kerja menurap jalan yang telah dikorek sebaliknya ia akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan kos ditanggung syarikat utiliti berkenaan.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL Sabudin Mohd Salleh berkata langkah itu bertujuan mengelak masalah jalan berlubang dan turapan tidak sempurna oleh syarikat utiliti.

“Mereka kadang-kadang turap dengan kaedah tidak betul, itu yang menjadikan masalah jalan tidak rata dan mengakibatkan jalan yang diturap berlubang dalam tempoh singkat.

“Oleh itu, biarlah DBKL yang laksanakan dan mereka (syarikat utiliti) tanggung kos itu,” katanya kepada Bernama di sini.

DBKL melantik 24 kontraktor untuk membantunya menurap jalan yang dikorek syarikat utiliti.

Mengikut laporan Bajet DBKL 2016, DBKL memperuntukkan lebih RM100 juta bagi mengurus jalan raya dan saliran di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: DBKLJalan Raya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

14 Maut Nahas Bas Di Jepun

Next Post

Pelakon Harry Potter Kenang Memori Dengan Profesor Snape

Related Posts

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

09/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki membuat ugutan jenayah terhadap pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

‘Adakah Kerana Miskin, Ada Rekod Jenayah, Maka Itu Lesen Untuk Sesiapa Pukul Saya? – Penjual belon

‘Adakah Kerana Miskin, Ada Rekod Jenayah, Maka Itu Lesen Untuk Sesiapa Pukul Saya? – Penjual belon

06/04/2025
0

KUALA LUMPUR: 'Adakah sebab saya pernah ada kes (rekod jenayah) maka saya tidak boleh mencari rezeki halal? Salahkah saya," demikian...

Next Post

Pelakon Harry Potter Kenang Memori Dengan Profesor Snape

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd