TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi dan pelakon, Syarif, dan isterinya Malaque Mahdaly yang telah selamat menimang cahaya mata sulung, pada Khamis (31 Disember 2015).
Berita gembira itu dikongsi oleh Syarif sendiri menerusi laman Instagramnya.
Selain itu, Syarif yang merupakan bekas anggota kumpulan Sleeq turut meluahkan rasa gembira dan syukurnya atas kelahiran bayi perempuan itu.
Tidak lupa ucapan penghargaan buat isteri tercinta yang sanggup bertaruh nyawa demi melahirkan anak mereka.
Anak perempuan pasangan ini hampir-hampir menjadi antara bayi Tahun Baharu 2016 kerana hanya selisih dua jam iaitu lahir tepat pukul 10 malam.
Semoga kehadiran si kecil ini bakal menambah seri lagi dalam keluarga ini. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=pNJ2ZjTWPT0]