WASHINGTON – Presiden Barack Obama cenderung menjadi Han Solo yang mempunyai ciri pemberontak jika terpaksa memilih watak filem Star Wars.
Dalam temubual di Rumah Putih, Obama berkata beliau belum berkesempatan menonton siri terbaharu filem itu itu, Star Wars: The Force Awakens.
Namun beliau masih ingat menonton siri pertama filem itu yang menjadi kegemarannya ketika masih remaja.
“Nombor satu, saya masih ingat bila menontonnya. Saya berusia 14 atau 15 tahun dan pergi ke Cinerama yang terletak berhampiran rumah saya,” katanya.
Obama ditemubual oleh tiga ‘selebriti’ YouTube, setiap satunya mempunyai jutaan pengikut iaitu sWooZie, Destin Sandlin dan Ingrid Nilsen. – Agensi
[wpdevart_youtube]9qJNDoP4vOs[/wpdevart_youtube]
